Thursday, March 28, 2019

Ke Perpustakaan

Hai assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat? May Allah always showers with His blessing to us. Berterabur habis bahasa saya hihihi..Bertemu lagi kita pada hari ini. Saya nak kongsi sedikit contoh perbualan pendek antara Muhammad dan Izzuddin hendak ke perpustakaan. Semoga bermanfaat!

Hasil carian imej untuk library

محمد: يا عزالدين, هل أنت مشغول الآن؟
Muhammad: Wahai izzuddin, adakah awak sibuk sekarang?

.عزالدين: نعم, أنا مشغول
Izzuddin: Ya, saya sibuk.

محمد: أيمكنك أن تساعدني؟
Muhammad: Bolehkah awak bantu saya?

عزالدين: ولم لا؟
Izzuddin: Mengapa tidak?

محمد: ماذا أستطيع أن أساعدك؟
Muhammad: Apa yang boleh saya bantu awak?

.عزالدين: ترافقني الى المكتبة
Izzuddin: Awak temankan saya ke perpustakaan?

.محمد: طيب, هيا بنا الى المكتبة
Muhammad: Baiklah, mari sama-sama kita ke perpustakaan.


Penulis: SITI FATIMAH BINTI MOHD SAUFI [EMMA]




Tuesday, March 26, 2019

Ujian Kehidupan Manusia

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ni saya nak share gambar yang memberi makna yang besar dalam kehidupan kita. Harap ia membantu untuk menambahkan ilmu anda semua ya!


الرجل لا يعرف ان هناك ثعبان
Lelaki tidak ketahui yang disana adanya ular besar.

المراة لا تعرف ان هناك صخرة
Dan wanita pula tidak tahu menahu yang disana adanya batu besar.

المراة لا يرون ضغط الرجال 
Wanita tidak tahu bagaimana tekanan yang dihadapi oleh lelaki.

الرجال لا يرون الم المراة
Dan lelaki pula tidak ketahui bagaimana sakit yang dialami oleh wanita.

هذه هي الحياة
Beginilah yang dinamakan kehidupan.

Hidup tak selalu jadi seperti apa yang kita inginkan. Kita cuma hamba. Kalau semua yang kita nak kita dapat, kita takkan belajar apa-apa. Cuba selami perasaan orang lain. Belajar untuk memahami perasaan orang lain. Apa yang kita rasa sama seperti apa yang orang rasa. Tuhan takkan saja-saja letak kita di suatu tempat dan hadapkan kita dengan satu-satu suasana tanpa sebab yang baik. Yang kita perlu buat adalah usaha, doa dan berikan masa untuk menunjukkan jalan takdir. Jangan cepat bosan dan cepat mengalah dan banyak berharap kepada Allah. At the time when Allah put trial on us, kita belajar mengenal diri supaya we can live again, we can love again, dengan kesedaran dan kekuatan baru. In sya Allah.

Semoga ianya membantu. :)

Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

KISAH "GADIS" YANG DIKEJAR PARA LELAKI

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ni saya nak share satu kisah tentang seorang gadis yang dikejar oleh para lelaki dengan terjemahan bahasa arab. Harap ia membantu untuk menambahkan ilmu anda semua ya!

MENGEJAR GADIS

يحكى أن فتى قال لأبيه أريد الزواج من فتاة رأيتها
وقد أعجبني جمالها وسحر عيونها

Di ceritakan ada seorang anak lelaki berkata kepada ayahnya : "Ayah, saya ingin menikahi seorang gadis yang pernah saya lihat, dan saya suka kecantikan dan pesona matanya".

رد عليه وهو فرح ومسرور وقال أين هذه الفتاة حتى أخطبها لك يا بني

Ayahnya dengan gembira dan bahagia berkata : "Tinggal di mana gadis itu wahai anakku?  Biar nanti ayah yg menemanimu untuk melamarnya".

فلما ذهبا ورأى الأب هذه الفتاة أعجب بها وقال لابنه

Pergilah keduanya menemui gadis tersebut. Ketika si ayah melihat gadis itu, dia pun tertarik, dan berkata kepada anaknya:


اسمع يا بني هذه الفتاة ليست من مستواك! وأنت لا تصلح لها هذه يستاهلها رجل له خبرة في الحياة وتعتمد عليه مثلي

"Dengarlah anakku, gadis ini bukan tarafmu, kamu tidak sesuai dengannya. Gadis ini sesuai dengan lelaki yang memiliki pengalaman hidup seperti aku"


اندهش الولد من كلام أبيه وقال له: كلا بل أنا سأتزوجها يا أبي وليس أنت

Terkejutlah si anak mendengar kata-kata ayahnya, dan berkata: "Tidak! Saya yang akan menikahinya, bukan ayah!"

تخاصما وذهبا لمركز الشرطة ليحلوا لهم المشكلة

Keduanya pun bertengkar, dan memutuskan pergi ke balai polis untuk menyelesaikan masalah.

عندما قصا للضابط قصتهما قال لهم: احضروا الفتاة لكي نسألها من تريد الولد أم الأب

Keduanya menceritakan masalah mereka kepada seorang petugas polis. Lalu, polis itu berkata: "Bawakan gadis itu kesini, agar aku boleh bertanya kepadanya siapa yang akan dia ingini : si anak atau ayahnya".

ولما رآها الضابط وانبهر من حسنها وفتنتها

Ketika petugas polis melihat gadis itu, dia pun tertarik dengan sikap ramah dan pesonanya.

 وقال لهم: هذه لا تصلح لكما بل تصلح لشخص مرموق في البلد مثلي

Lalu polis itu berkata: "Gadis ini tidak sesuai untuk kamu berdua, dia sesuai untuk orang terkemuka di negeri ini, iaitu aku!"

وتخاصم الثلاثة وذهبوا الى الوزير

Ketiganya pun bertengkar. Lalu mereka pergi menghadap menteri.

عندما رآها الوزير قال: هذه لا يتزوجها إلا الوزراء مثلي


Dan ketika menteri melihat gadis itu, dia berkata: "Gadis ini tidak ada yang sesuai untuk menikahinya, kecuali seorang menteri seperti aku!"

وأيضا تخاصموا عليها حتى وصلا لأمر إلى أمير البلدة


Pertengkaran terjadi lagi. Akhirnya sampailah mereka menghadap seorang putera.

وعندما حضروا قال: أنا سأحل لكم المشكلة احضروا الفتاة


Putera berkata: "Aku akan membuat keputusan masalah kamu semua. Bawakan gadis itu ke sini!"


فلما رآها الأمير قال بل هذه لا يتزوجها إلا أمير مثلي

Ketika putera melihat gadis itu, dia berkata: "Tidak ada yang sesuai untuk menikahinya, kecuali seorang putera seperti aku!"
وتجادلوا جميعا


Terjadilah perdebatan antara mereka.

ثم قالت الفتاة

Lalu gadis itu berkata:


أنا عندي الحل!! سوف أركض وانتم تركضون خلفي والذي يمسكني أولا أنا من نصيبه ويتزوجني

"Saya ada penyelesaian !! Kita adakan perlumbaan. Saya akan berlari, dan kamu semua mengejar di belakang saya, siapa yang pertama menggapai saya akan menjadi miliknya maka dialah yang menikahi saya".

وفعلا ركضت وركض الخمسة خلفها الشاب والأب والضابط والوزير والأمير وفجأة وهم يركضون خلفها

Dan benarlah, ketika gadis itu berlari, kelima lelaki: anak, ayah, petugas polis, menteri dan putera, berlari mengejar gadis tersebut dari belakang.

سقط الخمس في حفرة عميقة


Namun tiba-tiba kelimanya jatuh ke dalam sebuah lubang yang dalam.

ثم نظرت عليهم الفتاة من أعلى وقالت


Kemudian, sambil melihat mereka dari atas, gadis itu berkata:

هل عرفتم من أنا؟ أنا الدنيا!


"Apakah kamu tahu siapa saya? Saya adalah dunia!!

أنا التي يجري خلفي جميع الناس ويتسابقون للحصول على ويلهون عن دينهم


Saya adalah sesuatu yg dikejar dan diperebutkan oleh semua orang, mereka berlumba untuk mendapatkan saya hingga mereka lalai terhadap agama mereka.

 في اللحاق بي حتى يقع في القبر ولم يفوز بي

Mereka bersenang-senang untuk mengejar, sampai akhirnya masuk ke liang kubur, namun mereka tidak memenangkan atas diriku".

Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan hina. Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letak kefakirannya antara kedua matanya, Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya.”


(Hadith Riwayat at-Tirmizi)

اللهم لاتجعل الدنيا اكبر همنا
Allaahumma laa taj'alid-dunya akbara hammi-naa.
"Ya Allah, janganlah  Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami.."

Semoga bermanfaat. :)

Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

Monday, March 25, 2019

Nama Sukan Dan Permainan Dalam Bahasa Arab

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Tup tup tup, dah 2 minggu Kejohanan Piala Dekan Anjuran Fakulti Pengajian Islam Tahun 2019 di UKM berlangsung. Buat pengetahuan semua, Kejohanan ini diadakan setiap tahun dan melibatkan semua jabatan Fakulti Pengajian Islam termasuklah jabatan saya, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Saya pun turut terlibat dalam menyertai pertandingan sukan ini iaitu badminton. Dan alhamdulillah, berkat doa dan sokongan semua, dapat jugak saya rangkul pingat gangsa perseorangan wanita. Ok semua, memandangkan Kejohanan Piala Dekan FPI ni nak melabuhkan tirai, saya nak kongsikan permainan-permainan yang dipertandingkan dalam Bahasa Arab ya! Sambil tu, doakan kami semua juara KPD tahun ni ya! Ayuh Bangkit bersama Nahdah! (nama jabatan kelab kami hehe)




(SUKAN DAN PERMAINAN) الرِّيَاضَةُ وَالْأَلْعَابُ
1. Bola Sepak ( كُرَةُ الْقَدَمِ )
2. Futsal ( كرات كرةُ الصَالات )
3. Badminton ( كرة الرِّيْشَةِ )
4. Bola Jaring ( كرة الشَّبَكَةِ )
5. Sepak Takraw ( لُعْبَةُ سِيْفَقْ تَكْرَاوْ )
6. Bola Tampar ( كرة الطَّائِرِةِ )
7. Bowling (البُولينج )
8. Tarik tali  (سَحَب الحَبل )
9. Catur ( الشطرنج )
10. Dam Haji
11. Congkak ( كُونجكَاك )
12. Ping-Pong  (تَنِس الطَاولة /  بِينغبُونغ )
13. Memanah ( رِمَايَةٌ )


Terima kasih! Semoga ia membantu : )
Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

Kata-kata hikmah terjemahan bahasa arab

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ni saya nak share sedikit kata-kata hikmah dengan terjemahan bahasa arab. Harap ia membantu untuk menambahkan ilmu anda semua ya!

1. Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah.
العِلْمُ بِلاَ عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلاَ ثَمَرٍ
2. Bersatu adalah asas keberhasilan.
الإِتِّحَادُ أَسَاسُ النَّجَاحِ
3. Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya.
لاَتَحْتَقِرْ مِسْكِيْنًا وَكُنْ لَهُ مُعِيْنًا
4. Kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti) bukan dengan keturunan.
الشَّرَفُ بِالأَدَبِ لاَ بِالنَّسَبِ
5. Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya).
سَلاَمَةُ الإِنْسَانِ فِي حِفْظِ اللِّسَانِ
6. Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya.
آدَبُ المَرْءِ خَيرٌ مِنْ ذَهَبِ
7. Kerosakan budi pekerti/akhlak itu menular. 
سُوءُ الخُلُقِ يُعْدِي
8. Bencana ilmu itu adalah lupa .
آفَةُ العِلْمِ النِّسْيَانُ
9. Jika benar kemahuannya nescaya terbukalah jalannya. 
إِذَا صَدَقَ العَزْمُ وَضَحَ السَّبِيلُ
10. Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, kerana segala sesuatu itu mempunyai kelebihan.
لاَ تَحْتَقِرْ مَنْ دُونَكَ فَلِكُلِّ شَيْئٍ مَزِيَّةٌ
Semoga ia membantu :)

Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

Sunday, March 24, 2019

Perancangan

Hai, Assalamualaikum semua. Bila cakap pasal cuti ni mesti ada je terlintas dalam kepala nak pergi bercuti kan! Apa perancangan korang cuti panjang nanti? Mai saya share serba sedikit kalau nak sembang dengan kawan dalam Bahasa Arab. Heheheheee.....

Imej yang berkaitan

مشروع
Perancangan

ما مشروعك في الاجازة القادمة؟
Apa rancangan kamu pada hari cuti nanti?

."قررت أن أذهب الى "فورد ديقسون
Saya telah memutuskan untuk pergi ke Port Dickson.

أتريد أن تذهب معي؟
Mahukah kamu pergi bersama saya?

.نعم أريد
Ya, saya mahu.

كم يوما نمكث هناك؟
Berapa lama kita akan berada di sana?

.أسبوعان
Dua minggu.


من: سيتي فاطمة بنت محمد صوفي        


Saturday, March 23, 2019

Kehidupan

Imej yang berkaitan
Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah. Lumrah seorang manusia sering melakukan kesilapan dan alpa dengan dunia. Namun kita sebagai hamba Allah haruslah merendah diri untuk mengakui kesilapan, bijak mengambil pengajaran dan berani memperbaiki kesilapan. Dalam kehidupan, manusia sering mengejar apa yang dia inginkan. Dalam pada masa yang sama apa yang dia inginkan itu bukanlah yang terbaik dan terkadang tidak dapat membuat hidupnya menjadi warna warni seperti pelangi dan ceria.

Hasil carian imej untuk nukilan tentang kehidupan
Bermimpilah apa sahaja yang kamu inginkan, kemana sahaja yang kamu ingin pergi kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan kesempatan untuk melakukan hal-hal sedemikian kerana masa depan yang cerah adalah berdasarkan masa lalu yang kamu lupakan dan jadikan ia sebagai pedoman untuk memberi kamu semangat yang luar biasa supaya kamu terus bangkit dari bayang-bayang gelap.

Kamu tak akan dapat apa yang kamu inginkan selagi tidak melupakan kegagalan yang kamu rasa sakit sebelumnya. Berdoalah selagi kamu hidup kerana doa adalah kunci kekuatan Islam yang tidak terdapat pada agama lain sehingga kamu mendapatkan ketenangan. Janganlah kamu berputus asa di saat terasa ingin rebah dan tersungkur malah terus dapatkan semangat kamu kembali dengan berbalik kepadaNya. 

Imej yang berkaitan

Sesungguhnya, kemanisan yang berselang-seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur dan erti menghargai. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Lots of love😍


Nukilan: SITI FATIMAH BINTI MOHD SAUFI [EMMA]
                (A167978)

KATA-KATA HIKMAH



Kata-Kata Hikmah
  • Kemarahan adalah keadaan dimana lidah bekerja lebih cepat daripada fikiran dan tindakan lebih cepat dari nurani, barangsiapa takut kepada Allah nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya.



  • Sedangkan senyuman adalah anugerah Allah bagi setiap manusia yang mengandungi cahaya kebaikan dan kesucian, membawa kedamaian bagi yang melihat dan menumbuhkan kasih sayang bagi yang memberi. Maka tersenyumlah kepada semua orang.
Dinukilkan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

Wednesday, March 13, 2019

Kerja sambil Belajar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Image result for gambar mahasiswa sambil kerja
Semoga kita sama-sama mendapat rahmat daripada Allah S.W.T dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa, Amin.🤲 Saya ada terfikir tentang bagaimana kerja sambilan sambil belajar dalam kalangan mahasiswa ini menjadi trending di setiap universiti. Jadi, saya amat berbesar hati nak share dengan korang semua tentang isu ini.


Dalam meniti kehidupan pada marcapada, kerja sambilan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada IPT awam mahupun swasta bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Banyak kita lihat sekarang ini pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan seperti perkhidmatan grab, kerja di kedai makan sebagai seorang pelayan, jualan online seperti tudung, baju mahupun makanan dan lain-lain. Hal ini berleluasa kerana mereka merasakan kepayahan dan kesusahan kos sara hidup pada zaman yang serba memerlukan. 


Image result for gambar nak duit kerja
Wang merupakan alat utama dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan mengenai harga barang semakin lama semakin meningkat yang merunsingkan para mahasiswa mahupun yang sudah bekerja. Walaupun kerajaan telah menawarkan pinjaman PTPTN, namun masih tidak mampu menampung kos sara hidup mereka di samping mereka merasa berat memikirkan bagaimana caranya untuk membayar semula pinjaman tersebut pada masa akan datang.


Related image

Oleh itu, mahasiswa bertekad untuk menceburi bidang pekerjaan lebih awal kerana serba sedikit dapat meringankan beban kewangan diri dan keluarga. Pada masa yang sama, kita dapat belajar berdikari, menimba pengalaman bekerja dan menabung. Sedikit sebanyak juga membantu kita merasai pengalaman bekerja sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar. 



Image result for gambar kerja sambil belajar

Perkara ini amatlah penting bukan sahaja dari segi ilmu malah alam pekerjaan pada masa kini sangat menitikberatkan "soft skill" dan pengalaman bekerja. Pandai sahaja tidak memadai jikalau tidak mampu memikul tanggungjawab yang besar ketika diberikan tugasan oleh majikan.





Image result for gambar mahasiswa sambil kerja


 
Walau bagaimanapun, para mahasiswa haruslah pandai membahagikan masa agar tidak mengganggu sesi kuliah dan aktiviti kokurikulum. Walhal akan menanggung akibat di mana mereka akan leka dengan pekerjaan secara tidak langsung tanggungjawab sebagai seorang pelajar terabai begitu sahaja. Secara umumnya, jika kita gagal menjalankan tanggungjawab itu maka risiko untuk gagal dalam pelajaran kemungkinan besar berlaku. 



Related image


Tambahan pula, mahasiswa itu akan merasa tertekan kerana tidak bijak membahagikan masa antara belajar dan bekerja menyebabkan mereka kemurungan dan stress. Oleh itu, kita perlulah mempunyai persediaan yang mantap dari segi fizikal dan mental sebelum membuat sesuatu keputusan seperti peribahasa melayu yang berbunyi "mengukur baju biarlah di badan sendiri" supaya kita tahu keupayaan diri masing-masing. 



Image result for terima kasih

Saya menyeru kepada semua warga seantero dunia yang sudi mengikuti blog kami menerima pandangan ini secara terbuka dan peka dengan keadaan sekeliling agar tidak menyesal di kemudian hari. "Nasi sudah menjadi bubur" tiada gunanya lagi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.😘



By: SITI FATIMAH BINTI MOHD SAUFI [EMMA]
       (A167978)

Saturday, March 9, 2019

ILMU

Assalamualaikum buat semua pembaca blog ini,

Image result for kata mutiara arab tentang ilmu

post saya kali ini untuk berkongsi tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat manusia pada zaman sekarang cerdik akal fikiran tapi kurangnya ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, mereka hanya mengahafal dalam peperiksaan dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan harian. sebagai contoh yang dapat kita lihat apa yang telah saya nyatakan ialah mereka belajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan ketika sekolah rendah tetapi apabila ilmu itu tidak diamalkan maka terdapat pelbagai masalah yang dilakukan seperti vadalisme dan membuang sampah di merata-rata sedangkan ketika belajar mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini menunjukkan ilmu itu sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan. Berdasarkan gambar yang telah saya sertakan di bawah, jelaslah bahawa ilmu yang baik adalah yang memberi manfaat yang bermaksud memberi manfaat kepada semua orang bukanlah hanya dalam sijil atau keputusan diri kita sahaja.

Image result for kata motivasi islam


Seterusnya, ilmu juga merupakan satu benda yang perlu ada pada setiap manusia. Walaupun beratnya atau susahnya kita untuk belajar tetapi percayalah bahawa lebih baik  bagi kita untuk belajar daripada menanggung kebodohan. Hal ini kerana ilmu itu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu mampu menjamin masa depan seseorang untuk cemerlang. 
Image result for gambar kartun pegang ijazah

Akhir sekali, dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran dan teknologi yang semakin canggih, kita perlu memnpunyai ilmu pengetahuan. Kita perlu mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang. Oleh itu, buat semua pembaca blog ini, marilah kita lengkapkan diri kita dengan ilmu. Terima kasih kerana sudi membaca.

By: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
       (A168083)