Bermimpilah apa sahaja yang kamu inginkan, kemana sahaja yang kamu ingin pergi kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan kesempatan untuk melakukan hal-hal sedemikian kerana masa depan yang cerah adalah berdasarkan masa lalu yang kamu lupakan dan jadikan ia sebagai pedoman untuk memberi kamu semangat yang luar biasa supaya kamu terus bangkit dari bayang-bayang gelap.
Kamu tak akan dapat apa yang kamu inginkan selagi tidak melupakan kegagalan yang kamu rasa sakit sebelumnya. Berdoalah selagi kamu hidup kerana doa adalah kunci kekuatan Islam yang tidak terdapat pada agama lain sehingga kamu mendapatkan ketenangan. Janganlah kamu berputus asa di saat terasa ingin rebah dan tersungkur malah terus dapatkan semangat kamu kembali dengan berbalik kepadaNya.
Sesungguhnya, kemanisan yang berselang-seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur dan erti menghargai. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Lots of love😍
Nukilan: SITI FATIMAH BINTI MOHD SAUFI [EMMA]
(A167978)
No comments:
Post a Comment