Sunday, May 19, 2019

MAKNA KONOTATIF

Makna konotatif bermaksud makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan. Ia adalah makna tambahan yang dimiliki oleh sesuatu perkataan. Ia juga boleh menjadi positif dan negative bergantung kepada tafsiran pengguna perkataan tersebut.
Contoh :
Babi     :     membawa konotasi berbeza pada bukan Melayu bukan Islam dengan Melayu Islam .

Perempuan,wanita betina    :       makna konotasinya adalah berbeza.

MAKNA EMOSI

Makna emosi ialah sejenis makna dan mesti diterjemahkan dengan betul. Selain itu, emosi mesti diciptakan semula dalam terjemahan.
Terdapat beberapa faktor yang menentukan makna emosi.
ü Orang yang ada hubungan dengan perkataan itu
ü  Keadaan sewaktu perkataan itu digunakan
ü  Suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu
Makna emosi juga terdapat pada sebutan,perkataan,frasa,waana dan tema maklumat.
Contoh :
Madu, babi, lembu,keldai, anjing, kekasih, curang  :   mendatang emosi yang pelbagai.
Adakalanya makna emosi menjadi tabu atau pantang disebut  :      makna pantangan.
Contoh :
Buaya      : sang bedal
Harimau   :   pak belalang
Jamaban   :     bilik air / tandas



MAKNA FIGURATIF
Makna figuratif ialah simpulan bahasa,kiasan, peribahasa,metafora dan simile iaitu ungkapan yang bersifat figurative. Makna figurative mesti diingat dan disimpan dalam ingatan. Selain itu, kaitan antara makna figuratif dengan perkataannya adalah sewenang-wenang dan ada masanya ia akan lari jauh dari makna asal.
Contoh : AYAM
Ia dapat diketahui dengan mudah apabila kita lihat dari segi makna rujukan tetapi apabila melangkah masuk ke dalam makna figurative makna perkataan ayam menjadi kabur, kerana tiba-tiba perkataan ayam mempunyai pelbagai makna rujukan seperti :
a)      Kaki manusia adalah kaki ayam
b)      Tidur dalam tidu-tidur ayam
c)      Bunga dalam tahi ayam
Selain itu, perluasan makna secara figurative pula terjadi melalui proses pengambilan salah satu atau beberapa unsur daripada makna sesuatu perkataan dan kemudiannya digunakan terhadap benda-benda lain yang pada asalnya tidak terletak dalam bidang makna perkataan asal tersebut. Dan unsur makna yang diambil mungkin terdiri daripada rupa bentuknya,sifat psikologinya,hubungan jaraknya,bahagian anggotanya atau persamaan fungsinya.
Disamping itu, ia juga diterbitkan oleh anggota masyarakat berdasarkan sifat0sifat yang dianggap paling menonjol pada sesuatu benda.

Contoh :
Licin   :       belut
Sombong  :      merak   

disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

No comments:

Post a Comment