Saturday, March 9, 2019

ILMU

Assalamualaikum buat semua pembaca blog ini,

Image result for kata mutiara arab tentang ilmu

post saya kali ini untuk berkongsi tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat manusia pada zaman sekarang cerdik akal fikiran tapi kurangnya ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, mereka hanya mengahafal dalam peperiksaan dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan harian. sebagai contoh yang dapat kita lihat apa yang telah saya nyatakan ialah mereka belajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan ketika sekolah rendah tetapi apabila ilmu itu tidak diamalkan maka terdapat pelbagai masalah yang dilakukan seperti vadalisme dan membuang sampah di merata-rata sedangkan ketika belajar mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini menunjukkan ilmu itu sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan. Berdasarkan gambar yang telah saya sertakan di bawah, jelaslah bahawa ilmu yang baik adalah yang memberi manfaat yang bermaksud memberi manfaat kepada semua orang bukanlah hanya dalam sijil atau keputusan diri kita sahaja.

Image result for kata motivasi islam


Seterusnya, ilmu juga merupakan satu benda yang perlu ada pada setiap manusia. Walaupun beratnya atau susahnya kita untuk belajar tetapi percayalah bahawa lebih baik  bagi kita untuk belajar daripada menanggung kebodohan. Hal ini kerana ilmu itu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu mampu menjamin masa depan seseorang untuk cemerlang. 
Image result for gambar kartun pegang ijazah

Akhir sekali, dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran dan teknologi yang semakin canggih, kita perlu memnpunyai ilmu pengetahuan. Kita perlu mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang. Oleh itu, buat semua pembaca blog ini, marilah kita lengkapkan diri kita dengan ilmu. Terima kasih kerana sudi membaca.

By: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
       (A168083)

No comments:

Post a Comment