Monday, March 25, 2019

Nama Sukan Dan Permainan Dalam Bahasa Arab

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Tup tup tup, dah 2 minggu Kejohanan Piala Dekan Anjuran Fakulti Pengajian Islam Tahun 2019 di UKM berlangsung. Buat pengetahuan semua, Kejohanan ini diadakan setiap tahun dan melibatkan semua jabatan Fakulti Pengajian Islam termasuklah jabatan saya, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Saya pun turut terlibat dalam menyertai pertandingan sukan ini iaitu badminton. Dan alhamdulillah, berkat doa dan sokongan semua, dapat jugak saya rangkul pingat gangsa perseorangan wanita. Ok semua, memandangkan Kejohanan Piala Dekan FPI ni nak melabuhkan tirai, saya nak kongsikan permainan-permainan yang dipertandingkan dalam Bahasa Arab ya! Sambil tu, doakan kami semua juara KPD tahun ni ya! Ayuh Bangkit bersama Nahdah! (nama jabatan kelab kami hehe)




(SUKAN DAN PERMAINAN) الرِّيَاضَةُ وَالْأَلْعَابُ
1. Bola Sepak ( كُرَةُ الْقَدَمِ )
2. Futsal ( كرات كرةُ الصَالات )
3. Badminton ( كرة الرِّيْشَةِ )
4. Bola Jaring ( كرة الشَّبَكَةِ )
5. Sepak Takraw ( لُعْبَةُ سِيْفَقْ تَكْرَاوْ )
6. Bola Tampar ( كرة الطَّائِرِةِ )
7. Bowling (البُولينج )
8. Tarik tali  (سَحَب الحَبل )
9. Catur ( الشطرنج )
10. Dam Haji
11. Congkak ( كُونجكَاك )
12. Ping-Pong  (تَنِس الطَاولة /  بِينغبُونغ )
13. Memanah ( رِمَايَةٌ )


Terima kasih! Semoga ia membantu : )
Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

No comments:

Post a Comment