Wednesday, March 13, 2019

Kerja sambil Belajar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Image result for gambar mahasiswa sambil kerja
Semoga kita sama-sama mendapat rahmat daripada Allah S.W.T dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa, Amin.🤲 Saya ada terfikir tentang bagaimana kerja sambilan sambil belajar dalam kalangan mahasiswa ini menjadi trending di setiap universiti. Jadi, saya amat berbesar hati nak share dengan korang semua tentang isu ini.


Dalam meniti kehidupan pada marcapada, kerja sambilan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada IPT awam mahupun swasta bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Banyak kita lihat sekarang ini pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan seperti perkhidmatan grab, kerja di kedai makan sebagai seorang pelayan, jualan online seperti tudung, baju mahupun makanan dan lain-lain. Hal ini berleluasa kerana mereka merasakan kepayahan dan kesusahan kos sara hidup pada zaman yang serba memerlukan. 


Image result for gambar nak duit kerja
Wang merupakan alat utama dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan mengenai harga barang semakin lama semakin meningkat yang merunsingkan para mahasiswa mahupun yang sudah bekerja. Walaupun kerajaan telah menawarkan pinjaman PTPTN, namun masih tidak mampu menampung kos sara hidup mereka di samping mereka merasa berat memikirkan bagaimana caranya untuk membayar semula pinjaman tersebut pada masa akan datang.


Related image

Oleh itu, mahasiswa bertekad untuk menceburi bidang pekerjaan lebih awal kerana serba sedikit dapat meringankan beban kewangan diri dan keluarga. Pada masa yang sama, kita dapat belajar berdikari, menimba pengalaman bekerja dan menabung. Sedikit sebanyak juga membantu kita merasai pengalaman bekerja sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar. 



Image result for gambar kerja sambil belajar

Perkara ini amatlah penting bukan sahaja dari segi ilmu malah alam pekerjaan pada masa kini sangat menitikberatkan "soft skill" dan pengalaman bekerja. Pandai sahaja tidak memadai jikalau tidak mampu memikul tanggungjawab yang besar ketika diberikan tugasan oleh majikan.





Image result for gambar mahasiswa sambil kerja


 
Walau bagaimanapun, para mahasiswa haruslah pandai membahagikan masa agar tidak mengganggu sesi kuliah dan aktiviti kokurikulum. Walhal akan menanggung akibat di mana mereka akan leka dengan pekerjaan secara tidak langsung tanggungjawab sebagai seorang pelajar terabai begitu sahaja. Secara umumnya, jika kita gagal menjalankan tanggungjawab itu maka risiko untuk gagal dalam pelajaran kemungkinan besar berlaku. 



Related image


Tambahan pula, mahasiswa itu akan merasa tertekan kerana tidak bijak membahagikan masa antara belajar dan bekerja menyebabkan mereka kemurungan dan stress. Oleh itu, kita perlulah mempunyai persediaan yang mantap dari segi fizikal dan mental sebelum membuat sesuatu keputusan seperti peribahasa melayu yang berbunyi "mengukur baju biarlah di badan sendiri" supaya kita tahu keupayaan diri masing-masing. 



Image result for terima kasih

Saya menyeru kepada semua warga seantero dunia yang sudi mengikuti blog kami menerima pandangan ini secara terbuka dan peka dengan keadaan sekeliling agar tidak menyesal di kemudian hari. "Nasi sudah menjadi bubur" tiada gunanya lagi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.😘



By: SITI FATIMAH BINTI MOHD SAUFI [EMMA]
       (A167978)

No comments:

Post a Comment