Friday, May 24, 2019

RUKUN NEGARA MALAYSIA DALAM TERJEMAHAN BAHASA ARAB

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ini, saya ingin berkongsi tentang rukun negara Malaysia dalam terjemahan Bahasa Arab. Sebelum itu, tahukah anda, apa itu Rukun Negara? Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. 

Kenapa ianya dibentuk? Selepas Malaysia merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
Oleh itu, Rukun Negara dibentuk untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya kongsikan Prinsip Rukun Negara didalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab:
RUKUN NEGARA MALAYSIA (أَرْكَان وَطَنِية مَالِيزِيَا بِاللُّغَةُ الْعَرَبِيَّة)
1. Kepercayaan Kepada Tuhan -  الْاعْتِقَاد فِي اللَه
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - الوَلاَء لِلْمَلِكِ وَالوَطَن
3. Keluhuran Perlembagaan -  سِيَادَةُ الدُسْتُور
4. Kedaulatan undang-undang - حُكْمُ القَانُون
5. Kesopanan Dan Kesusilaan - الآدَاب وَالأَخْلاَق
Terima Kasih Semua. Semoga ia membantu!
Penulis : SAIYIDA AISYA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI (A170684)

No comments:

Post a Comment