Monday, March 25, 2019

Kata-kata hikmah terjemahan bahasa arab

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ni saya nak share sedikit kata-kata hikmah dengan terjemahan bahasa arab. Harap ia membantu untuk menambahkan ilmu anda semua ya!

1. Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah.
العِلْمُ بِلاَ عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلاَ ثَمَرٍ
2. Bersatu adalah asas keberhasilan.
الإِتِّحَادُ أَسَاسُ النَّجَاحِ
3. Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya.
لاَتَحْتَقِرْ مِسْكِيْنًا وَكُنْ لَهُ مُعِيْنًا
4. Kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti) bukan dengan keturunan.
الشَّرَفُ بِالأَدَبِ لاَ بِالنَّسَبِ
5. Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya).
سَلاَمَةُ الإِنْسَانِ فِي حِفْظِ اللِّسَانِ
6. Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya.
آدَبُ المَرْءِ خَيرٌ مِنْ ذَهَبِ
7. Kerosakan budi pekerti/akhlak itu menular. 
سُوءُ الخُلُقِ يُعْدِي
8. Bencana ilmu itu adalah lupa .
آفَةُ العِلْمِ النِّسْيَانُ
9. Jika benar kemahuannya nescaya terbukalah jalannya. 
إِذَا صَدَقَ العَزْمُ وَضَحَ السَّبِيلُ
10. Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, kerana segala sesuatu itu mempunyai kelebihan.
لاَ تَحْتَقِرْ مَنْ دُونَكَ فَلِكُلِّ شَيْئٍ مَزِيَّةٌ
Semoga ia membantu :)

Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

No comments:

Post a Comment