Friday, May 31, 2019

PERBEZAAN ANTARA الليل dan الليلة

Assalamualaikum dan salam 27 Ramadhan kepada semua pencinta Bahasa Arab. Harini juga merupakan hari pertama dalam bulan Jun. Cepat kan masa berlalu dalam tahun 2019 ni. Saya mendoakan agar saya, ahli kumpulan saya, dan semua pembaca blog ini dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik sepanjang kehidupan kita. Insya Allah. 😁

Ok semua, harini saya ingin berkongsi tentang perbezaan antara الليل dan الليلة dalam terjemahan Melayu-Arab. Apakah perbezaan antara الليل dan الليلة ? Bukankah ianya sama sahaja?

Tidak benar, ada perbezaannya pembaca-pembaca sekalian. 😀
  
.الليل تدل على سائر الليالي، والليلة تدل على هذا الوقت

Ya, perbezaannya dari sudut makna. الليل bermakna (malam, sekalian malam) lawannya النهار (siang, sekalian siang). Manakala الليلة bermaksud (malam ini) lawannya adalah اليوم ( hari ini ).

Ta marbuthoh (ة) pada lailah itu adalah ta yg menunjukkan makna satu. Macam تمر maksudnya tamar, تمرة maksudnya sebiji tamar, تفاح epal, تفاحة sebiji epal, ورق bermaksud kertas, ورقة bermakna sekeping kertas.

Bermakna الليل itu satu istilah yang umum manakala الليلة adalah juzuk atau bahagian dari الليل maka الليلة adalah istilah yang khusus. Oleh itu boleh disimpulkan bahawa الليل adalah imam manakala الليلة adalah makmumnya. 😅

Ayat di bawah menerangkan 'malam' dengan konteks umum menggunakan lafaz الليل :
Firman Allah :
 أَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا اللَّيْلَ لِيَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًاۚ
Maksudnya : "Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang?" - An Naml, ayat 86.

Dari segi bahasa menurut Dr. Solah Abd al-Fattah, disebut Lailah (ليلة) dengan ta marbuthah (ة) dan bukan Lail (ليل) kerana salah satu fungsi ة ialah memberi makna khusus iaitu "hanya malam itu sahaja".

Kerana itulah malam-malam yang khusus seperti MALAM QADR, MALAM PENURUNAN AL-QURAN dan MALAM RAMADHAN disebut ليلة القدر، ليلة الصيام، ليلة مباركة  dengan lafaz ليلة .

Lagi perbezaannya, الليل itu tidak berpenghujung kerana ianya umum, sedang الليلة pula ada penghujungnya .

Wallahua'lam. Sekian, terima kasih.

Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

No comments:

Post a Comment