Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pencinta bahasa Arab. Hari ini, bersamaan 6 Jun 2019, juga menunjukkan telah masuknya bulan Syawal. Kita telah berjaya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara Malaysia dan seluruh dunia. Tetapi entri kali ini, tidak salah jika saya berkongsi ilmu yang mungkin berkait dengan Hari Raya. Cuba teka? Haa. Jeng jeng jeng.
Menjelang Aidilfitri, pasti kita akan mendengar berbagai-bagai jenis ucapan raya termasuklah ucapan yg diungkapkan dalam bahasa Arab. Di sini saya ingin kongsikan buat penggemar bahasa Arab beberapa ucapan hari raya yg sering digunakan oleh orang Arab dan maksudnya sekali.
::: Ucapan Raya dalam Bahasa Arab :::
PERTAMA : كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ (Setiap tahun akan tiba kepadamu keadaan yang baik-baik sahaja.)
Ucapan ini mendoakan agar pendengar sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang tahun ini dan juga tahun-tahun berikutnya.
UCAPAN BALAS
Ucapan balas kepada ucapan ini ialah : وَأَنْتُمْ كَذَلِكَ (Moga kamu pun begitu.)
Ucapan ini digunakan untuk setiap sempena tahunan. Maksudnya sesuatu sempena yang diraikan hanya sekali dalam setahun, seperti hari raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, ulang tahun kelahiran, tahun baru dan sebagainya.
KEDUA : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (Moga Allah swt menerima semua amal ibadat kita semua sepanjang bulan Ramadhan yang lepas.)
UCAPAN BALAS : آمِين atau ulang semula keratan مِنَّا وَمِنْكُمْ
KETIGA : مِنَ العَائِدِين وَالفَائِزِين (Moga kamu termasuk dalam orang-orang yang akan kembali semula ke hari lebaran ini pada tahun-tahun akan datang dan berjaya di dunia & akhirat.)
Ucapan ini mendoakan supaya pendengar dipanjangkan umur agar dipertemukan semula dengan hari raya pada tahun berikutnya dan juga kesejahteraan di dunia dan akhirat. Contoh kejayaan di akhirat ialah dapat masuk syurga.
UCAPAN BALAS : مِنَ السَّالِمِين وَالغَانِمِين (Moga kembali dalam keadaan selamat dan beruntung.)
KEEMPAT : عَسَاكُمْ مِنْ عُوَّادِهِ (Moga kamu dari kalangan orang-orang yang akan kembali menemui hari lebaran ini pada tahun berikutnya.)
Ucapan ini mendoakan agar pendengar dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu lagi dengan hari raya berikutnya.
UCAPAN BALAS : يَعُودُ عَلَيْنَا وَعَلَيْكُم بِخَيْرٍ (Moga hari lebaran ini akan kembali menemui kita semua dalam keadaan yang baik-baik belaka.)
KELIMA : عِيدكُمْ مُبَارَك (Moga hari raya kamu diberkati.
Ucapan ini mendoakan keberkatan. Hari raya yang diberkati. Maksud ‘berkat’ ialah sesuatu yang banyak dan berlimpah ruah. Maksudnya jika kegembiraan maka kegembiraan yang banyak.
JAWAPAN BALAS : عَلَيْنَا وَعَلَيْكُمْ (Moga kita semua pun sama-sama diberkati.)
Sekian, terima kasih. Maaf zahir batin yaa!
No comments:
Post a Comment