Secara umumnya kegiatan penterjemahan di Malaysia tidak diketahui dengan tepat namun ia dikatakan bermula dalam zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka.Usaha penterjemahan yang dahulunya dikenali sebagai saduran sudahpun dimulakan walaupun dalam keadaan yang amat terbatas. Namun demikian, oleh kerana tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan ini, ianya terpaksa didiamkan sahaja sehinggalah peristiwa Sulatan Alaudin Riayat Shah menitahkan Bendahara Tun Sri Lanang membaiki kitab tua dari Goa kira-kira da;am tahun 1612M. Peristiwa ini dikuatkan lagi dengan penumuan sebuah manuskrip yang lebih tua iaitu terjemahan kitab Aqaid al-Nafasi yang bertarikh 1590M. Menurut Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas manuskrip tersebut merupakan manuskrip tertua yang pernah ditemui setakat ini. Manuskrip tersebut kemudiannya dibuat ulasan oleh beliau dalam bukunya yang bertajuk The Oldest Known Malay Manuscripy: A 16th Century Malay Translation of The Aqaid of al-Nasafi/
Sekiranya diperhatikan kepada karya-karya awal terjemahan atau lebih tepat disebut saduran, maka kita akan mendapati dua bidang utama yang menjadi perhatian penterjemah pada waktu itu. Dua bidang yang dimaksudkan ialah bidang kesusasteraan dan keagamaan.
Ditulis oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)
No comments:
Post a Comment