Terjemahannya:
Seekor musang telah datang ke sebuah hutan dan mendapati di
dalamnya terdapat sebuah gendang yang tergantung di atas sebatang pokok.
Apabila ada angin, maka ia akan menggerakkan dahan dan menyebabkan dahan itu
memukul gendang tersebut lalu menghasilkan bunyi yang kuat. Si musang menyangka
terdapat kenduri di sana maka dia pun menuju ke arah bunyi tersebut dan melihat
sebuah gendang besar yang tergantung. Dia menyangka bahawa di dalamnya penuh
dengan lemak dan daging. Musang itu pun memanjat pokok dan berhadapan dengan
gendang sehingga dia jatuh ke atas tanah, dia ingin membelah gendang itu untuk
mengetahui apa ada di dalamnya. Setelah berusaha bertungkus-lumus, dia berjaya
mendapatkan gendang itu dan mendapati di dalamnya kosong tiada lemak dan tiada
daging, dia berasa kecewa dan menyesal kerana berharap kepada gendang itu,
kemudian si musang berkata: Aku tidak tahu, barangkali sesuatu yang paling
lemah adalah yang bersuara jelas dan bentuknya besar.
Ditulis oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)
No comments:
Post a Comment