Tuesday, April 30, 2019

LARAS BAHASA

Assalamulaikum buat pembaca blog semua...
Alhamdulillah hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca semua mengenai laras bahasa.

seperti yang diketahui, bahasa merupakan satu sistem percakapan yang digunakan oleh manusia untuk berhubung antar satu sama lain. Melaui bahasa juga, manusia mampu menyatakan perasaan dan emosi mereka. Terdapat pelbagai ragam dalam sesuatu bahasa. ragam yang timbul inilah diistilahkan sebagai laras. definisi bagi laras bahasa adalah berbeza mengikut pendapat sarjana yang berlainan. Ada yang menyatakan laras bahasa merupakan gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa dan ada pula yang menyatakan bahawa ia merupakan perkataan yang digunakan dengan erti yang khusus dalam sesuatu bidang, perkataan ini digunakan juga dalam bidang lain tetapi membawa maksud yang berlainan. Contoh yang mudah untuk difahami ialah perkataan murka dan mangkat berkaitan dengan istana dan sultan manakala perkataan kuliah dan semester mempunyai kaitan dengan mahasiwa.

   Selain itu, perkara yang penting apabila ingin mengkaji laras ada dua iaitu ciri-ciri linguistik dan ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa. ciri-ciri linguistik ialah yang mempunyai unsur sistem bahasa dari aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayat. Laras turut mempunyai format iaitu laras undang-undang (akta), ucapan, iklan dan laporan berita dalam akhbar. kesimpulannya, sebelum saya menggakhiri nukilan saya pada kali ini, dapat saya nyatakan bhawa laras merupakan satu perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian. Hal ini demikian kerana, laras bahasa mampu membantu penterjemah menghasilakan penulisan yang boleh difahami oleh pembaca.

terima kasih sudi membaca !
Moga betemu lagi, Inshaallah.

By: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
       (A168083).

Saturday, April 20, 2019

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

Image result for BUDAYA



Assalamualaikum buat pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi singgah untuk baca di blog kami. Baikalah hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai terjemah unsur budaya. Pada minggu ini kuliah yang diberikan oleh pensyarah saya adalah berkenaan tajuk ini. Oleh itu, tidak ragu-ragu lagi untuk saya berkongsi dengan anda berkenaan tajuk ini setelah diterangkan secara mendalam oleh beliau.

Budaya ?? unsur budaya ?? adakah terjemahan mempunyai kaitan dengan unsur budaya ?

Image result for unsur budayaYa. Perbezaan budaya antara masyarakat menjadikan proses terjemahan lebih sukar kerana  mempunyai sesetengan perkataan yang digunakan oleh masyarakan lain tetapi tidak digunakan oleh masyarakat yang lain pula. Maksudnya, di dunia ini terdapat pelbagai budaya yang diamalkan. Bahasa sumber menggunakan perkataan mengikut bangsa dan budaya mereka kemudian apabila hendak menterjemah perkataan tersebut kepada bahasa sasaran budaya yang diamalakn oleh bhasa sumber tiada dalam bahasa sasaran. Perkara ini kan menjadi lebih sukar untuk penterjemah menterjemahkan sesuatu bahan. Contoh yang ringkas dapat difahami ialah terjemahan Melayu-Arab iaitu penterjemah menggunakan perkataan ‘Baju kurung’ dalam teks sumber , tetapi masyarakat arab tidak memahami pakaian tersebut walaupun baju kurung dikenali dalam masyarakat melayu. Hal ini kerana budaya yang diamalakan oleh sesebuah masyarakat adalah berbeza.

Maka , penyelesaian yang terbaik untuk dilakukan ialah dengan menyesuaikan atau menggantikan budaya asal tersebut dengan bahasa sasaran atau menerangkan budaya sumber dengan lebih jelas.

 Mengekalkan bahasa asal
  • ·         Pembaca sasaran dapat mengetahui budaya sumber, maka pengetahuannya semakin bertambah
  • ·         Pembaca juga dapat menghayati budaya orang lain.

Akhirul kalam, kesukaran menterjemah unsur budaya ini boleh dikurangkan dengan merujuk kamus, bertanya kepada orang yang mengetahui bahasa sumber, bertanya orang yang pernah tinggal di Negara arab dan bergaul dengan masyarakat.

Sampai di sini perkongsian sahaja. Moga memberi manfaat dan moga kita berjumpa lagi !



Oleh : NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
           (A168083)


Thursday, April 18, 2019

Jom belajar arab melalui lagu.

Assalamualaikum dan hai semua! Hari ni saya nak share tips macam mana nak cepat belajar bahasa Arab. Korang nak tahu tak? Haa satu tips yang sangat mudah, iaitu mendengar lagu-lagu arab. Tetapi, kita susah kan nak cari lagu arab yang best-best selain macam Kun Anta tu kan? Haa ok sekarang saya nak share satu lagu yang kita biasa dengar dan hafal, dan apa kata saya share lagu ni. SANGAT MUDAH DAN BERKESAN TAU ! Nak tahu tak lagu apa? Jeng jeng jeng.. Jom layan music video ni sat ! Harap ia membantu untuk menambahkan ilmu anda semua ya!

LAGU NEGARAKU VERSI BAHASA ARAB

Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia


يَا بِلاَدِي (Negaraku)
هيَ مَكَانُ وِلَادَتِيِ (Tanah tumpahnya darahku)
الشَعْبُ فِي وِحْدَةِ وَتقَدّم (Rakyat hidup bersatu dan maju,)
رَحْمَةْ سَعَادَة (Rahmat bahagia)
بِنِعْمَةِ الّله (Tuhan kurniakan)
مَلِكُنَا (Raja kita)
سَلِيمُ مُلْكُهُ (selamat bertakhta)

رَحْمَةْ سَعَادَة (Rahmat bahagia)
بِنِعْمَةِ الّله (Tuhan kurniakan)
مَلِكُنَا (Raja kita)
سَلِيمُ مُلْكُهُ (selamat bertakhta)

Semoga bermanfaar :)

Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

Thursday, April 11, 2019

Kepentingan Penterjemahan di Negara Kita


Assalamualaikum semua, inshaallah post saya pada kali ini akan berkongsi mengenai kepentingan terjemahan di Negara kita.


Bidang terjemahan ini mampu menyebarkan ilmu dalam  kalangan masyarakat. Hal ini kerana setiap orang atau masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri yang digunkan dalam penulisan atau percakapan harian mereka. Bagi memahami keadaan atau situasi masyarakat tersebut, sama ada dari segi kebudayaan fikiran dan sebagainya, kita perlu memahami bahasa masyarakat tersebut. Maka jelaslah bahawa pentingnya terjemahan dalam kehidupan masyarakat terutama masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Terjemahan mampu menyebarkan ilmu pengetahuan kerana dengan memindahkan maklumat dari satu kelompok masyarakat kepada kelompok yang lain.

             Selain itu, terjemahan juga mampu meningkatkan system pendidikan di Negara kita dengan lebih cemerlang. Semakin banyak buku yang digunakan semakin banyak bahan yang diterjemah digunakan. Hal ini kerana system pendidikan era kini menggunakan pelbagai bahasa dalam pendidikan dan tidak tertumpu kepada satu bahasa sahaja. Di sampan itu, kepentingan penterjemahan juga dapat menambah bilangan pembaca di Negara kita. Seperti sedia maklum, kita lebih gemar membuat aktiviti lain berbanding membaca buku. Hal ini kerana buku yang mempunyai pelbagai ilmu kebanyakannya ditulis dalam bahasa inggeris, maka usaha penterjemahan dilakukan bagi memastikan segala ilmu yang ditulis itu tersebar dengan luas.

            Seterusnya, kepentingan penterjemahan di Negara kita adalah sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan bangsa lain yang berlainan bangsa dan bahasa pertuturan. Dalam hal ini, penterjemah menjadi orang tengah bagi menghubungkan duanpihak yang sebenarnya tidak dapat berkomunikasi. Akhir sekali, kepentingan bidang ini ialah dapat memeperkenalkan sastera kebangsaan kepada khalayak ramai seperti pembaca dan pengkaji di samping dapat menarik minat mereka untuk menghayati persuratan melayu. Maka , sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang penterjemahan bukanlah suatu perkara yang remeh malah dapat menjadikan masyarakat antarabangsa lebih mengetahui dan memahami bangsa dan Negara kita Malaysia.


 Image result for gambar bendera malaysia

Dinukilkan oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
                           (A168083)

Terjemahan bagi jenis haiwan


Alhamdulillah post saya kali ini kan share tentang jenis haiwan yang diterjemah dalam bahasa arab dan bahasa inggeris.

·       Arnab – أرنب - Rabbit
Image result for gambar arnab


·         Kucing – قط - cat
Image result for gambarkucing


·         Kambing – غنم - Goat
Image result for gambar kambing


·         Harimau –نمر  - Tiger
Image result for gambar harimau


·         Gajah –فيل  - Elephant
Image result for gambar gajah


·         Ikan –سمك  - Fish
Image result for gambar ikan


·         Singa –أسد  - Lion
Image result for gambar singa


·         Itik –بطة  - Duck
Image result for gambar itik


·         Ular  -ثعبان  - snake
Image result for gambar ular


Moga memberi manfaat buat semua !

by: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
      (A168083)

Alat Bantu Terjemahan




Assalamualaikum , baiklah post pada kali ini akan berkongsi mengenai alat untuk membantu terjemahan. Apakah yang membantu kita sebagai manusia untuk terjemah sesuatu perkataan ??
Maka tidak lain dan tidak bukan mestilah kamus kan ?
Kamus sangat diperlukan oleh semua penterjemah baik yang profesional sekalipun.kamus mempunyai pelbagai jenis antaranya :

·         Kamus Ekabahasa: menggunakan satu bahasa sahaja. 

Image result for gambar kamus dewanImage result for gambar mu'jam wasith


·         Kamus Dwibahasa : menggunakan dua bahasa

Related image


·         Kamus Aneka Bahasa / Multi Bahasa: sekurang-kurangnya tiga bahasa digunakan



Related image

Akhirul kalam yang dapat saya simpulkan bahawa kamus sangat penting bagi terjemahan walaupun dunia semakin canggih dan kita dapat menggunakan google translate sekalipun tetapi kamus lebih penting dalam kehidupan kita dan sebagai alat bantu terjemahan.

oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
         (A168083)

Sarjana Terjemahan


Assalamualaikum buat semua, hari ini saya akan berkongsi mengenai sarjana terjemahan.

Siapakah sarjana terjemahan ? 

Baiklah saya akan share dengan anda mengenai sarjana terjemahan:

       Nida

Nama : Eugene A. Nida
Antara karya yang dihasilkan :
·         Language Structure and Translation: Essays (1975)
·         From One Language to Another - (Nelson, 1986, with Jan de Waard)
·         The Greek-English Lexicon of the New Testament Based on Semantic Domains - (UBS, 1988, with Louw)


      ROGER T.BELL

Nama   : Roger Thomas Bell
Hasil karya  : 
·         Translation and translating: Theory and practice
·         Sociolinguistics: goals, approaches and problems
·         An introduction to applied linguistics: approaches and methods in language


     J. C CATFORD

Nama  : J. C. Catford, ( John Cunnison Catford ) yang dikenali sebagai Ian
Hasil karya      :
·         A Practical Introduction to Phonetics
·         A Linguistic Theory of Translation
·         Ergativity in Caucasian Languages


      LARSON

          Nama   : Mildred L. Larson
Hasil karya:
·         Meaning-Based Translation (1984)
·         Meaning-Based Translation Workbook
·         Treasure in Clay Pots


      PETER NEWMARK

                 Nama    : Peter Newmark
Hasil karya   :
·         A Textbook of Translation (1988)
·         Paragraphs on Translation (1989)
·         About Translation (1991)


      FINLAY

Nama      : William Ian Robertson Finlay
Hasil karya  :
o   The trams of Wales and the Isle of Man in old picture postcards (1984)
o   The tram and the postage stamp (1982)
o   Working with languages (1970)


Hal ini kerana manusia diciptakan dengan pelbagai rupa dan bercakap dengan pelbagai bahasa. Jadi bagaimana mereka berkomunikasi sedangkan bahasa mereka tidak sama ?? oleh itu wujudlah satu kepentingan terjemahan dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairanlah jika para sarjana dapat menghasilkan karya mereka berkaitan terjemahan.

 Sekian terima kasih !

oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
         (A168083)