Thursday, April 11, 2019

Terjemah Kata Nama Khas


Assalamualaikum semua,

Hangpa semua pernah dengar kata nama khas dak ??

Ya, mesti pernah kan. Kata nama khas adalah kata nama yang khusus untuk orang, haiwan, institusi, bangsa dan sebagainya. Baiklah hari ini saya akan share cara untuk menterjemah kata nama khas untuk pembaca semua:

Terjemah kata nama khas bukanlah satu perkara yang mudah kerana mempunyai makna tersendiri. Contohnya : masjid tanah tetap perkataan asal bukanlah مسجد الأرض

·         Terjemah bagi nama orang atau objek – nama orang tidak diterjemahkan malah hanya pindah ke bahasa sasaran sahaja.

·         Terjemah nama Negara, Bandar, tempat – kekal nama bahasa sumber atau mempunyai keterangan tambahan, ganti nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang wujud dalam bahasa sasaran.

·         Terjemah nama institusi atau organisasi – ikut kaedah pinjaman terjemahan, pinjam terus dari teks sumber ke bahasa sasaran (tidak terjemah).

·         Nama jawatan atau gelaran – terjemah ikut kaedah pijaman atau pinjam terjemah

·         Nama peristiwa atau tajuk – kekal bahasa sumber atau terjemah pinjaman campuran

Akhirul kalam, kata nama khas dapat diterjemah mengikut 3 kaedah iaitu dengan mengekalkan kata nama asal ( tak terjemah) atau terjemah menggunakan teknik pinjaman terjemhan , pinjaman campuran atau membuang terus kata nama tersebut. Moga perkongsian saya kali ini dapat meningkatkan pengetahuan anda semua. Bye!

by: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
      (A168083)


No comments:

Post a Comment