Tuesday, April 2, 2019

Penanda Wacana dalam Bahasa Arab

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ni saya nak terangkan penggunaan penanda wacana dalam ayat atau perenggan. Ok mula-mula sekali, apa maksud penanda wacana? Penanda wacana adalah frasa yang dijadikan sebagai perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain dalam sesuatu ayat atau perenggan. Penanda wacana  digunakan untuk menunjukkan maksud tambahan, menunjukkan maksud sebaliknya atau bertentangan, menunjukkan sebab dan akibat dan menunjukkan maksud tempoh waktu dan ketika. Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan pautan cerita yang tidak lengkap. Akibatnya, pembaca atau pendengar akan gagal memahami maklumat dan penerangan yang hendak disampaikan oleh penulis atau penutur. Dalam erti kata lain,  penanda wacana amat penting untuk menyempurnakan tautan isi-isi atau maklumat dalam sesebuah esei atau pengucapan. Dengan ini saya sertakan contoh penanda wacana beserta terjemahan bahasa Arab. Harap ia membantu untuk menambahkan ilmu anda semua ya!
PENANDA WACANA :)

1. Selepas itu : بعد ذلك

2. Oleh itu : لذلك

3. Jikalau begitu : إذا كان اﻷمر كذلك

4. Tambahan pula : اِضافة الى ذلك/علاوة على ذلك

5. Sebelum itu : قبل ذلك

6. Oleh demikian : ولذلك

7. Walaupun/Sungguhpun : وعلى الرغم

8. Terutamanya : خاصة

9. Pada awalnya : في البداية / في بادئ الأمر

10. Sekiranya tidak : إن لم يكن

11. Tidak diragui : مم لا شك

12. Tidak dinafikan bahawa : لا ينافي أحد أن

13. Walau bagaimanapun / Namun demikian : ومع ذلك

14. Sebagai contohnya : وعلى سبيل المثال

15. Berdasarkan demikian : بناء على ذلك

16. Realitinya : في الواقع

17. Sehubungan dengan itu :على هذا النحو 

18. Pada masa yang sama : وفي الوقت نفسه

19. Berikutnya : وبالتالي

20. Kesudahannya : في نهاية المطاف

21. Dengan ini : وبذلك 

22. Pendek kata : باختصار شديد

23. Oleh kerana : بسبب

24. Dengan kata lain : بعبارة أخرى

25. Sesudah itu : بعدئذ

26. Akan tetapi : غير أن/ بيد أن

27. Walaupun bagaimanapun juga : على كل حال

28. Oleh kerana : من أجل / ﻹجل

29. Dari sudut yang lain : من جانب آخر

30. Sebagaimana yang di ketahui bahawa : من المعلوم أن / من المعروف أن

31. Suka diingatkan bahawa : وبالجدير بالذكر أن

32. Kesimpulannya : قصارى القول أن

33. Ketika mana : عندما

34. Kita mestilah : لا بد لنا

35. Daripada fenomena itu, sesungguhnya : من مظاهر ذلك أن

36. Walau apa pun yang terjadi maka : مهما يكن من أمر ف...

37. Berdasarkan kepada/Melihat kepada : نظرا إلى

38. Menerusi perkara tersebut : من خلال ذلك

39. Dari aspek yang lain, : وعلى صعيد آخر

40. Antara kebaikan/Antara keburukan : من محاسن / ومن مساوي
Semoga bermanfaat. Terima kasih :)

Penulis : SAIYIDA AISYA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI (A170684)

No comments:

Post a Comment