Assalamualaikum semua, inshaallah
post saya pada kali ini akan berkongsi mengenai kepentingan terjemahan di
Negara kita.
Bidang terjemahan ini mampu menyebarkan ilmu dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana setiap
orang atau masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri yang digunkan dalam
penulisan atau percakapan harian mereka. Bagi memahami keadaan atau situasi
masyarakat tersebut, sama ada dari segi kebudayaan fikiran dan sebagainya, kita
perlu memahami bahasa masyarakat tersebut. Maka jelaslah bahawa pentingnya
terjemahan dalam kehidupan masyarakat terutama masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Terjemahan mampu menyebarkan
ilmu pengetahuan kerana dengan memindahkan maklumat dari satu kelompok
masyarakat kepada kelompok yang lain.
Selain itu, terjemahan juga mampu meningkatkan
system pendidikan di Negara kita dengan lebih cemerlang. Semakin banyak buku
yang digunakan semakin banyak bahan yang diterjemah digunakan. Hal ini kerana
system pendidikan era kini menggunakan pelbagai bahasa dalam pendidikan dan
tidak tertumpu kepada satu bahasa sahaja. Di sampan itu, kepentingan
penterjemahan juga dapat menambah bilangan pembaca di Negara kita. Seperti
sedia maklum, kita lebih gemar membuat aktiviti lain berbanding membaca buku.
Hal ini kerana buku yang mempunyai pelbagai ilmu kebanyakannya ditulis dalam
bahasa inggeris, maka usaha penterjemahan dilakukan bagi memastikan segala ilmu
yang ditulis itu tersebar dengan luas.
Seterusnya,
kepentingan penterjemahan di Negara kita adalah sebagai usaha untuk
berkomunikasi dengan bangsa lain yang berlainan bangsa dan bahasa pertuturan.
Dalam hal ini, penterjemah menjadi orang tengah bagi menghubungkan duanpihak
yang sebenarnya tidak dapat berkomunikasi. Akhir sekali, kepentingan bidang ini
ialah dapat memeperkenalkan sastera kebangsaan kepada khalayak ramai seperti
pembaca dan pengkaji di samping dapat menarik minat mereka untuk menghayati
persuratan melayu. Maka , sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang
penterjemahan bukanlah suatu perkara yang remeh malah dapat menjadikan
masyarakat antarabangsa lebih mengetahui dan memahami bangsa dan Negara kita
Malaysia.
Dinukilkan oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
(A168083)
No comments:
Post a Comment