Tuesday, April 30, 2019

LARAS BAHASA

Assalamulaikum buat pembaca blog semua...
Alhamdulillah hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca semua mengenai laras bahasa.

seperti yang diketahui, bahasa merupakan satu sistem percakapan yang digunakan oleh manusia untuk berhubung antar satu sama lain. Melaui bahasa juga, manusia mampu menyatakan perasaan dan emosi mereka. Terdapat pelbagai ragam dalam sesuatu bahasa. ragam yang timbul inilah diistilahkan sebagai laras. definisi bagi laras bahasa adalah berbeza mengikut pendapat sarjana yang berlainan. Ada yang menyatakan laras bahasa merupakan gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa dan ada pula yang menyatakan bahawa ia merupakan perkataan yang digunakan dengan erti yang khusus dalam sesuatu bidang, perkataan ini digunakan juga dalam bidang lain tetapi membawa maksud yang berlainan. Contoh yang mudah untuk difahami ialah perkataan murka dan mangkat berkaitan dengan istana dan sultan manakala perkataan kuliah dan semester mempunyai kaitan dengan mahasiwa.

   Selain itu, perkara yang penting apabila ingin mengkaji laras ada dua iaitu ciri-ciri linguistik dan ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa. ciri-ciri linguistik ialah yang mempunyai unsur sistem bahasa dari aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayat. Laras turut mempunyai format iaitu laras undang-undang (akta), ucapan, iklan dan laporan berita dalam akhbar. kesimpulannya, sebelum saya menggakhiri nukilan saya pada kali ini, dapat saya nyatakan bhawa laras merupakan satu perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian. Hal ini demikian kerana, laras bahasa mampu membantu penterjemah menghasilakan penulisan yang boleh difahami oleh pembaca.

terima kasih sudi membaca !
Moga betemu lagi, Inshaallah.

By: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
       (A168083).

No comments:

Post a Comment