Wednesday, May 8, 2019

FRASA DAN PERIBAHASA DALAM PENTERJEMAHAN

Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ni saya nak terangkan tajuk Menterjemah frasa dan peribahasa dalam proses penterjemahan. Tajuk ini telah diterangkan oleh pensyarah saya dalam kuliah, Dr Maheram binti Ahmad, pakar dalam terjemahan Bahasa Melayu-Bahasa Arab.
Ok mula-mula sekali, apa maksud frasa? Menurut Nik Safiah Karim et al, frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Contoh frasa yang diberikan oleh pensyarah saya dalam pengajaran beliau ialah :
Burung merpati terbang melayang.
Fatimah mengahwini anak Pak Haji Husin.



Dalam bahasa Arab frasa dipanggil al-`ibarah, ataupun al-tarkib. Terdapat beberapa jenis frasa iaitu al-tarkib al-istilahi / Frasa Idiomatik, Tarkib Idafi, Tarkib wasfi, Taukid, Badal wa Mubdal minhu dan `Ataf wa Ma`tuf Alayh.
1. Tarkib Al-Istilahi / Frasa Idiomatik 

- Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya


- Frasa-frasa ini tidak telus

- Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح (lari / melarikan diri), Frasa nama seperti خَفِيف الظِّلّ (riang / ceria) dan Frasa sendi seperti بِرُمَّتِه (semua sekali).
- Frasa  رَغِبَ عَنْ   (tidak suka, tidak gemar, benci) dan  رَغِبَ فِي   (gemar, suka) #tidak boleh diterjemahkan secara katawi kerana ia akan memberikan satu bentuk terjemahan yang bukan sahaja janggal pada pendengaran orang Melayu, bahkan tidak boleh diterima sama sekali (akan terhasillah terjemahan seperti suka daripada dan suka dalam)

2. Tarkib Idafi

- Boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun. وعي المسلمين (kesedaran umat Islam)

3. Tarkib Wasfi

- Boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan a. البيت الكبير (rumah (yang) besar)

- Jika terdapat lebih daripada satu sifat, maka perkataan dan atau lagi boleh ditambah. عدل كامل شامل (keadilan yang sempurna dan / lagi menyeluruh)
- Kata dan atau lagi tidak perlu ditambah, sekiranya kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan sebagai benda (yang disifati) dan hal yang mensifati. نظام اخلاقي نظيف (sistem etika yang bersih)
- Jika mewakili na`at hakiki, manakala na`at sababi pula boleh dilihat dalam contoh berikut.جاء الرجل الفاضل أبوه (Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang)

4. Taukid

- Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan عامة.


Kata  نفس وعين diterjemahkan kepada sendiri, كل diterjemahkan kepada masing-masing, جميع وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya/kesemuanya.

الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد (Umat Islam seluruhnya bersatu hati.)

5. Badal wa Mubdal minhu

- Contoh dalam bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal.


- Contoh dalam bahasa Arab :سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة  (Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.)

6. `Ataf wa Ma`tuf Alayh

- Sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya نقل الخبر محمد أو علي (Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu)


- Sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya boleh dipadankan dengan koma sahaja. وأقدّم الشكر لأصدقائي محمد وعلي وعمر(Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatku; Muhammad, Ali dan Umar.)

PERIBAHASA
Peribahasa pula saya belajar dua iaitu pengertian peribahasa arab dan pengertian bahasa melayu.
Dalam peribahasa arab, Abd al-Majid Qatamisy dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah menjelaskan bahawa ia merupakan kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu. Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas), al-Mathal al-qiyasiy dan al-Mathal al-khurafiy.






1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas) - السرّ أمانة, النساء حبائل الشيط


2. al-Mathal al-qiyasiy (cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan/menjadi bukti sesuatu perkara, melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.) - الكلمة الطيبة صدقة

3. al-Mathal al-khurafiy (dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang/cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.)




Teknik menterjemah peribahasa akan bersambung di post yang seterusnya. Sekian, terima kasih.
Semoga ia membantu. :)




PENULIS : SAIYIDA AISYA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI (A170684)



No comments:

Post a Comment