Friday, May 31, 2019

PERBEZAAN ANTARA الليل dan الليلة

Assalamualaikum dan salam 27 Ramadhan kepada semua pencinta Bahasa Arab. Harini juga merupakan hari pertama dalam bulan Jun. Cepat kan masa berlalu dalam tahun 2019 ni. Saya mendoakan agar saya, ahli kumpulan saya, dan semua pembaca blog ini dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik sepanjang kehidupan kita. Insya Allah. 😁

Ok semua, harini saya ingin berkongsi tentang perbezaan antara الليل dan الليلة dalam terjemahan Melayu-Arab. Apakah perbezaan antara الليل dan الليلة ? Bukankah ianya sama sahaja?

Tidak benar, ada perbezaannya pembaca-pembaca sekalian. 😀
  
.الليل تدل على سائر الليالي، والليلة تدل على هذا الوقت

Ya, perbezaannya dari sudut makna. الليل bermakna (malam, sekalian malam) lawannya النهار (siang, sekalian siang). Manakala الليلة bermaksud (malam ini) lawannya adalah اليوم ( hari ini ).

Ta marbuthoh (ة) pada lailah itu adalah ta yg menunjukkan makna satu. Macam تمر maksudnya tamar, تمرة maksudnya sebiji tamar, تفاح epal, تفاحة sebiji epal, ورق bermaksud kertas, ورقة bermakna sekeping kertas.

Bermakna الليل itu satu istilah yang umum manakala الليلة adalah juzuk atau bahagian dari الليل maka الليلة adalah istilah yang khusus. Oleh itu boleh disimpulkan bahawa الليل adalah imam manakala الليلة adalah makmumnya. 😅

Ayat di bawah menerangkan 'malam' dengan konteks umum menggunakan lafaz الليل :
Firman Allah :
 أَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا اللَّيْلَ لِيَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًاۚ
Maksudnya : "Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang?" - An Naml, ayat 86.

Dari segi bahasa menurut Dr. Solah Abd al-Fattah, disebut Lailah (ليلة) dengan ta marbuthah (ة) dan bukan Lail (ليل) kerana salah satu fungsi ة ialah memberi makna khusus iaitu "hanya malam itu sahaja".

Kerana itulah malam-malam yang khusus seperti MALAM QADR, MALAM PENURUNAN AL-QURAN dan MALAM RAMADHAN disebut ليلة القدر، ليلة الصيام، ليلة مباركة  dengan lafaz ليلة .

Lagi perbezaannya, الليل itu tidak berpenghujung kerana ianya umum, sedang الليلة pula ada penghujungnya .

Wallahua'lam. Sekian, terima kasih.

Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

Thursday, May 30, 2019

DEFINISI TERJEMAHAN

DARI ASPEK BAHASA 

Perkataan terjemahan berasal daripada bahasa arab daripada kata akar "al-Tarjamah". Dalam bahasa Inggeris pula, ianya disebut sebagai translation. Menurut kamus Dewan, perkataan terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemah atau cara (gaya, kaedah menterjemah). Menurut kamus bahasa Arab, perkataan "al-tarjamah" memberikan beberapa maksud iaitu:

1. menerangkan, menjelaskan atau mentafsirkan
2. menerangkan riwayat hidup seseorang (autobiografi)
3. memindahkan kata-kata (al-kalam) dari satu bahasa ke bahasa lain.

Kamus-kamus bahasa Inggeris pula mendifinisikan perkataan "translation" sebagaimana berikut:

1. a writen or spoken rendering of the meaning of a word, speech, book, etc, in another language.
2. the act of translating or something that has been translated especially from one language to another
3. a rendering from one language or representational system into another is an art that involves the re-creation of a work in another language for reader with different backgound.

DARI ASPEK ISTILAH

Pakar-pakar terjemahan telah memberikan pelbagai definisi terjemahan. jika diteliti, definisi ini kelihatan bercanggah antara satu sama lain dan menimbulkan kekeliruan di kalangan penterjamah.
percanggahan ini berlaku kerana mereka mengemukakan definisi berasaskan pengalaman masing-masing. di antara mereka, ada yang lebih cenderung dengan terjemahan literal dan ada pula yang lebih cenderung terjemahan secara bebas.

Menurut E.A. Nida:

terjemahan adalah untuk mendapatkan dalam bahasa penerima penyamaan yang paling hampir dan 
sejadi dari segi maksud dan gaya.

Menurut Peter Newmark:

Terjemahan merupakan suatu kesenian pengalihan mesej atau kenyataan bertuilis dalam satu bahasa ke bahasa lain.

disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (atau singkatannya, ITBM; dahulunya dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia [ITNM]) telah ditubuhkan pada 14 September 1993 bagi menyediakan prasarana industri terjemahan di Malaysia.
ITBM merupakan sebuah syarikat berhad berkaitan kerajaan dan modal asas dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Pentadbiran ITBM diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM adalah tertakluk pada Memorandum dan Tataurusan Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 1965.
Ditubuhkan bagi mengangkat industri terjemahan di Malaysia, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu di semua peringkat sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa. Turut bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan di Malaysia
Misi ITBM:
  • Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju, selaras dengan Wawasan 2020;
  • Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku;
  • Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan dan penerbitan buku supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia;
  • Membangunkan  modal insan dalam industri penterjemahan dan penerbitan buku.
Visi ITBM:
  • Menjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku berkualiti.
Khidmat ITBM:
  • Khidmat Terjemahan: Buku, laporan, sijil, dokumen rasmi, sari kata, audio visual dan lain-lain.
  • Khidmat Kejurubahasaan: Perbicaraan mahkamah, persidangan, seminar, mesyuarat, lawatan rasmi, pelancongan dan lain-lain.
  • Khidmat Latihan & Kursus: Kursus terjemahan, bahasa, kejurubahasaan, penyuntingan dan lain-lain.
  • Khidmat Penerbitan: Menerbitkan buku terjemahan dan karya asli pelbagai genre.
  • Jualan Buku: pelbagai jenis buku terbitan ITBM dijual di www.itbm.com.my, WhatsApp 0192219015 atau Kedai Buku Bergerak ITBM.
  • Khidmat Sokongan: pengesahan dokumen, percetakan, atur huruf dan lain-lain

Disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

FUNGSI JABATAN DAN BAHAGIAN

1. Jabatan Dasar dan Penyelidikan
  • Melaksanakan program penyelidikan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat bagi mengenal pasti dan merangka pelan strategik untuk pencapaian misi dan visi DBP.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pemiawaian rumus, pedoman dan panduan bahasa Melayu sebagai asas kepada usaha pemerkasaan bahasa Melayu.
  • Meneroka dan memperluas rangkaian kerjasama DBP dengan institusi luar bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program DBP.
  • Melaksanakan penyediaan sejarah, teks dan tokoh karya sastera berbahasa Melayu sebagai asas kepada pemerkasaan sastera kebangsaan.
  • Memperkaya koleksi dan memulihara khazanah kepustakaan Melayu dalam pelbagai bentuk dengan pengkhususan kepada bidang persuratan Melayu sebagai sumber sehenti rujukan pengkaji bahasa Melayu.

2. Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera
  • Menyusun, mengemas kini dan menyelenggara pelbagai jenis kamus dan produk kamus.
  • Menyusun, mengemas kini dan menyelenggara pelbagai jenis ensiklopedia dan produk ensiklopedia.
  • Melaksanakan penelitian terhadap kata, kata lama berdasarkan teks Melayu lama, perbendaharaan kata dan istilah bahasa Melayu dan linguistik komputeran, pemprosesan bahasa tabii dan pengurusan pangkalan pengetahuan.
  • Menggubal dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang ilmu.
  • Melaksanakan penelitian dan penyusunan bahasa rujukan leksikal seperti kamus istilah, glosari istilah, daftar ejaan Jawi, tesaurus bahasa Melayu dan sebagainya.
  • Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri.)


3. Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera
  • Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar negara.
  • Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.
  • Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu.
  • Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.
  • Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera).
  • Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera.
  • Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri).


4. Jabatan Penerbitan
  • Menguruskan penerbitan majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja, sama ada dalam bentuk cetak, elektronik atau multimedia interaktif.
  • Membantu menyediakan bahan untuk promosi majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan penerbitan.
  • Mengurus TV Web DBP.
  • Menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan harta intelek.

5. Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Merancang dan menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dari segi pengambilan, penempatan, kemajuan kerjaya pegawai, perhubungan perusahaan, faedah-faedah kepada pegawai dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan pegawai.
  • Merancang dan menguruskan keperluan latihan secara sistematik bagi pegawai-pegawai DBP mendapatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya secara cekap dan berkesan, sesuai dengan keperluan organisasi.
  • Menguruskan keperluan khidmat sokongan dari segi teknikal, pengangkutan, penyediaan tempat kerja serta membekalkan segala peralatan serta perkakasan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas jabatan/bahagian dengan cekap dan berkesan.
  • Mengawal keselamatan bangunan dan persekitaran dalam dan luar bangunan daripada segala bentuk ancaman gangguan dan musuh.
 Disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

Wednesday, May 29, 2019

TERJEMAHAN TEKS SASTERA (PUISI)

Assalamulaikum..
Inshaallah post saya pada kali ini akan berkongsi berkaitan terjemahan teks sastera.
Teks sastera merupakan gaya penulisan yang kreatif melalui cara-cara yang tertentu bagi menghasilkan satu teks yang menarik. Terdapat pelbagai jenis teks sastera antaranya puisi( syair, pantun, gurindam) dan prosa(cerpen dan novel).

Pada post kali ini saya akan berkongsi mengenai puisi. Puisi dapat mengungkap suatu perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat. ia juga memandang kehidupan dengan pandangan yang tidak mungkin difahami dan diungkapkan dengan hanya sekadar mengikut mantiq atau berdasarkan bukti dan dalil semata-,mata. kata-kata yang digunakan dalam puisi perlu dpilih dengan betul dan teliti. sekiranya puisi yang ditulis berkaitan cinta, perkataan yang digunakan mestilah lembut, halus dan sesuai dengan tema yang ditulis.

Kaedah terjemah puisi:
*terjemahan berima
*terjemahan fonemik
*terjemahan literal

kaedah yang dinyatakan di atas ialah kaedah daripada para sarjana terjemahan.
selain itu, Sfa Khalusi juga menyatakan pandangannya mengenai kaedah terjemahan puisi iaitu terjemahan tafsiriyyah, taklkhisiyyah dan wazaniyyah.

Akhir sekali, sebelum menterjemah puisi, penterjemah perlulah memahami dahulu puisi dan menganalisis makna dan mesej yang hendak disampaikan kemudian memilih kaedah terjemahan yang sesuai dengan bakat dan kemampuannya.

Oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
         (A168083)

Maksud Perkataan


Pengajian Minggu ke-4

  • كاتب - sama-sama tulis
  • كتب - menulis
  • زعموا - dakwa/ceritakan
  • هبت - bertiup
  • حركت الأغصان - dahan pokok
  • الضخم - besar
  • مليء - penuh 
  • الشحم - lemak
  • اللحم - daging
  • عالج - membuat sesuatu
  • ليشقه - koyakkan
  • أفلح - berhasil
  • فارغا - kosong
  • خاب - kecewa
  • صعد - panjat
  • جثه - bangkai
  • أفشل - paling kecewa
  • معلقا - tergantung
  • أجهرها - kuat

Ditulis oleh: SITI FATIMAH BINTI MOHD SAUFI

    Jenis-jenis Warna


    الألوان


    • بنفسجي - Ungu
    • أزرق - Biru
    • أخضر - Hijau
    • أصفر - Kuning                                 
    • برتقالي - Oren
    • أحمر - Merah 
    • أبيض - Putih 
    • أسود - Hitam 
    • وردي - Merah Jambu 
    • رمادي - Kelabu
    • أسمر - Coklat 

    Posted By: SITI FATIMAH BINTI MOHD (A167978)

    Tafsiran Ayat Pelembut Hati

    Di dalam ayat Al-Quran membuktikan terdapat banyak manfaat yang boleh digunakan dalam perawatan Islam khususnya berkaitan masalah "Hati". Contoh tafsiran daripada ayat pelembut hati dalam surah "Thaha" menerangkan :-

    Hasil carian imej untuk surah thaha 1-5

    1) Taa Haa.
    2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya kamu menanggung kesusahan.
    3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.
    4) Al-Quran diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
    5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasy.

    Penulis: SITI FATIMAH BINTI MOHD SAUFI (A167978)

    Saturday, May 25, 2019

    9 Wasiat Allah Dalam Surah Hujurat

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pencinta Bahasa Arab. Hari ini, saya akan berkongsi 9 wasiat Allah dalam surah al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia, yang merupakan perkongsian dari Dr. Kamilin Jamilin. Semoga ia dapat membantu menambahkan ilmu anda! Insya Allah.

    9 WASIAT ALLAH DALAM SURAH HUJURAT

    Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ” = Selidik suatu khabar yang sampai padamu.

    Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ” = Damaikan saudara yang bersengketa.

    Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ” = Berlaku adil.

    Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ” = Jangan mencemuh/merendahkan orang lain.

    Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ” = Jangan mengaibkan.

    Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ” = Jangan melabel.

    Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” = Jauhi dari prasangka buruk.

    Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ” = Jangan mencari-cari kesalahan orang lain.

    Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب” = Jangan mengumpat.

    Renungi surah ini, tadabbur ayat ini, dan amalkan wasiat ini, nescaya hubungan kita sesama manusia akan terpelihara!

    Sekian, wallahua'lam.

    Penulis : Saiyida Aisya Athirah Binti Mohd Asri (A170684)

    Friday, May 24, 2019

    RUKUN NEGARA MALAYSIA DALAM TERJEMAHAN BAHASA ARAB

    Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Hari ini, saya ingin berkongsi tentang rukun negara Malaysia dalam terjemahan Bahasa Arab. Sebelum itu, tahukah anda, apa itu Rukun Negara? Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. 

    Kenapa ianya dibentuk? Selepas Malaysia merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
    Oleh itu, Rukun Negara dibentuk untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
    Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya kongsikan Prinsip Rukun Negara didalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab:
    RUKUN NEGARA MALAYSIA (أَرْكَان وَطَنِية مَالِيزِيَا بِاللُّغَةُ الْعَرَبِيَّة)
    1. Kepercayaan Kepada Tuhan -  الْاعْتِقَاد فِي اللَه
    2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - الوَلاَء لِلْمَلِكِ وَالوَطَن
    3. Keluhuran Perlembagaan -  سِيَادَةُ الدُسْتُور
    4. Kedaulatan undang-undang - حُكْمُ القَانُون
    5. Kesopanan Dan Kesusilaan - الآدَاب وَالأَخْلاَق
    Terima Kasih Semua. Semoga ia membantu!
    Penulis : SAIYIDA AISYA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI (A170684)

    Contoh Arahan Dalam Terjemahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

    Assalamualaikum dan hai semua pencinta Arab. Apa khabar semua? Entri kali ini saya akan berkongsi contoh ayat arahan atau perintah dalam Bahasa Arab. Saya juga masukkan terjemahan dalam Bahasa Inggeris untuk menambahkan ilmu anda. Selamat membaca semua!


    ARAHAN / INSTRUCTIONS / الأوامر

    1. SILA DUDUK! / PLEASE SIT DOWN!  = جُلُوسًا / تَفَضَّلُ بِالجُلُوسِ / اِجْلِسْ / اقْعُدْ

    2. SILA BERDIRI! / PLEASE STAND UP! = قِيَامًا / مِن فَضْلِكَ، قِيَامًا / قُمْ / تَفَضّلْ بِالْقِيَامِ

    3. SILA DATANG KE HADAPAN! / PLEASE COME TO THE FRONT! =  تَعَالَ اِلَى الأمَامِ / تَفَضّلْ اِلَى الأمَامِ

    4. TOLONG BERSIHKAN PAPAN TULIS! / PLEASE CLEAN THE WHITEBOARD! = امْسَحْ اَلسَّبُورَة!

    5. SILA LIHAT KE SINI! / PLEASE, LOOK AT OVER HERE! = مِنْ فَضْلِكُمْ، انْظُرُوا اَلَى هُنَا

    6. SILA LIHAT KE PAPAN TULIS! / PLEASE, LOOK AT THE WHITEBOARD! = مِنْ فَضْلِكُمْ، انْظُرُوا اَلَى السَّبُورَةٍ

    7. SILA LIHAT KE ARAH SAYA! PLEASE, LOOK TOWARDS ME! =   انْظُرُوا اَلَيَّ

    8. SILA LIHAT GAMBAR INI! / PLEASE, LOOK AT THIS PICTURE! =  انْظُرُوا اَلَى هُذِهِ الصُّورَة

    9. SILA AMBIL PERHATIAN PADA SAYA! / PLEASE PAY ATTENTION TO ME! = انْتَبِهُوا اِلَيِّ

    10. SILA AMBIL PERHATIAN PADA PELAJARAN! / PLEASE PAY ATTENTION TO THE LESSON! = انْتَبِهُوا اِلى الدَّرْسِ
    Semoga ia membantu ! Terima kasih :)

    PENULIS : SAIYIDA AISYA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI (A170684)

    Monday, May 20, 2019

    Padanan Terjemahan

    Assalamualaikum semua...
    Hari ini saya akan berkongsi dengan semua mengenai padanan terjemahan...
    Mencari padanan terjemah yang betul-betuk tepat dan sesuai dengan kedua-dua bahasa (bahasa sumber dan sasaran) merupakan satu perkara yang sukar dan agak mustahil untuk jika mempunyai sama maksud dengan tepat. Perkara ini juga menjadi masalah utama dalam teori terjemahan. Para sarjana memberikan pendapat masing-masing dalam menentukan konsep padanan ini. Contoh yang dapat saya kongsi bersama para pembaca ialah:

    NIDA- beliau memperkenalkan dua jenis padanan iaitu padanan normal dan padanan dinamis.

    • Formal : penterjemah berusaha menghasilkan semula dan isi  serta menepati makna yang dituliskan oleh penulis asal. Selain itu, penterjemah juga menghasilkan elemen formal termasuk unit tatabahasa dan kekal makna mengikut konteks bahasa sumber.
    • Dinamis: penterjemah ini mementingkan reaksi pembaca sasaran dan mereka tidak terikat dengan bentuk teks asal. Maka hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri. penterjemah juga tidak memaksa pembaca sasaran untuk memahami budaya dan isi teks asal.
       Selain itu, NIDA juga menyatakan bahawa empat jenis padanan dalam terjemahan:

    • satu lawan satu
    • satu lawan banyak
    • banyak lawan satu
    • satu lawan tiada
    kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis padanan terjemahan yang telah dikemukakan oleh para sarjana terjemahan. Terjemahan yang bagus mestilah tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.

    Oleh : NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
               (A168083)

    Kaedah Terjemah Al-quran

    Asssalamulaikum. baiklah pada kali ini saya akan berkongsi bagaimana kaedah untuk terjemah al-quran. Post saya yang lepas, ada berkongsi dengan para pembaca mengenai syarat untuk menjadi penterjemah al-quran. Maka, setelah syarat tersebut telah dipenuhi terdapat pula kaedah untuk terjemah al-quran.

    Kedah terjemah dibahagikan kepada dua:

    •  Harfiah
    • Tafsiriyyah
    HAFRIAH
    terjemah bahasa asal kepada bahasa sumber di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan asal dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan.

    TAFSIRIYYAH
    Terjemhan yang tidak menjaga persamaan dari segi perkataan, tarkib dan kedudukan perkataan dengan teks asal. Makna yang dimaksudkan dan tujuan teks asal tersebut dapat disampaikan dengan jelas dan lengkap merupakan aspek penting dalam. terjemahn ini juga dikenali dengan terjemahan Ma'anawiyah kerana bertujuan untuk menerangkan makna dengan menggunakan bahasa lain.

    setiap penterjemah mempunyai gaya tersendiri untuk mereka terjemah al-quran. contoh yang dapat kita lihat pada hari ini terdapat banyak al-quran yang telah diterjemahkan sama ada menggunakn harfiah atau tasrifiyah. baiklah, di sni sahaja perkongsian saya pada kali ini. Inshaallah kita bertemu lagi.

    By: Nor Afiza Shafika binti Abdul Razak
          (A168083)

    Syarat Terjemah Al-quran

    Terjemahan Al-Quran merupakan satu perkara penting kepada umat Islam terutama yang tidak memahami bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dengan memahami makna al-quran umat Islam lebih berkembang dan dapat menyebarkan dakwah dengan efektif. oleh itu, saya akan berkongsi dengan para pembaca mengenai syarat untuk menjadi penterjemah Quran:

    1. Ilmu bahasa Arab
    2. ilmu nahu
    3. ilmu sorof
    4. ilmu isytiqaq (ilmu yang kaji mengenai perkembangan asal usul perkataan)
    5. ilmu badi', maani dan bayan
    6. ilmu hadis
    7. asbab nuzul
    8. ilmu qiraat
    9. ilmu nasakh mansukh
    10. ilmu usuluddin
    maka, jelaslah bahawa penterjemah al-quran bukanlah daripada orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. ilmu sangat penting kerana jika terjemah dengan menggunakan akal sendiri tanpa ilmu menjadikan makna tersebut tidak betul dan boleh menyesatkan.

    oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
             (A168083)

    Sunday, May 19, 2019

    MAKNA KONOTATIF

    Makna konotatif bermaksud makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan. Ia adalah makna tambahan yang dimiliki oleh sesuatu perkataan. Ia juga boleh menjadi positif dan negative bergantung kepada tafsiran pengguna perkataan tersebut.
    Contoh :
    Babi     :     membawa konotasi berbeza pada bukan Melayu bukan Islam dengan Melayu Islam .

    Perempuan,wanita betina    :       makna konotasinya adalah berbeza.

    MAKNA EMOSI

    Makna emosi ialah sejenis makna dan mesti diterjemahkan dengan betul. Selain itu, emosi mesti diciptakan semula dalam terjemahan.
    Terdapat beberapa faktor yang menentukan makna emosi.
    ü Orang yang ada hubungan dengan perkataan itu
    ü  Keadaan sewaktu perkataan itu digunakan
    ü  Suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu
    Makna emosi juga terdapat pada sebutan,perkataan,frasa,waana dan tema maklumat.
    Contoh :
    Madu, babi, lembu,keldai, anjing, kekasih, curang  :   mendatang emosi yang pelbagai.
    Adakalanya makna emosi menjadi tabu atau pantang disebut  :      makna pantangan.
    Contoh :
    Buaya      : sang bedal
    Harimau   :   pak belalang
    Jamaban   :     bilik air / tandas



    MAKNA FIGURATIF
    Makna figuratif ialah simpulan bahasa,kiasan, peribahasa,metafora dan simile iaitu ungkapan yang bersifat figurative. Makna figurative mesti diingat dan disimpan dalam ingatan. Selain itu, kaitan antara makna figuratif dengan perkataannya adalah sewenang-wenang dan ada masanya ia akan lari jauh dari makna asal.
    Contoh : AYAM
    Ia dapat diketahui dengan mudah apabila kita lihat dari segi makna rujukan tetapi apabila melangkah masuk ke dalam makna figurative makna perkataan ayam menjadi kabur, kerana tiba-tiba perkataan ayam mempunyai pelbagai makna rujukan seperti :
    a)      Kaki manusia adalah kaki ayam
    b)      Tidur dalam tidu-tidur ayam
    c)      Bunga dalam tahi ayam
    Selain itu, perluasan makna secara figurative pula terjadi melalui proses pengambilan salah satu atau beberapa unsur daripada makna sesuatu perkataan dan kemudiannya digunakan terhadap benda-benda lain yang pada asalnya tidak terletak dalam bidang makna perkataan asal tersebut. Dan unsur makna yang diambil mungkin terdiri daripada rupa bentuknya,sifat psikologinya,hubungan jaraknya,bahagian anggotanya atau persamaan fungsinya.
    Disamping itu, ia juga diterbitkan oleh anggota masyarakat berdasarkan sifat0sifat yang dianggap paling menonjol pada sesuatu benda.

    Contoh :
    Licin   :       belut
    Sombong  :      merak   

    disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)


    Assalamualaikum kawan-kawan yang saya kasihi.Harini saya akan menceritakan makna leksikal, gramatikal, konteks dan sosio-kultural. 

    • makna leksikal
    ialah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan sebagainya. makna ini juga disebut sebagai makna kata seperti yang terdapat dalam kamus. contohnya perkataan bad membawa maksud jahat, buruk, jelek dan susah namun ia tidak dapat dipastikan mana satu makna yang betul selagi perkataan tersebut tidak dimasukkan dalam ayat.

    • makna gramatikal
    makna ini juga disebut makna fungsi atau makna tatabahasa iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasanya. contohnya, perkataan can.

    1. they can the fish. perkataan can dalam ayat ni berfungsi sebagai predikat dalam bentuk kata kerja iaitu mengetinkan.

    2. He kicked the can hard. perkataan can dalam ayat ini pula berfungsi sebagai objek ayat. 

    • makna konteks
    makna ini menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan. makna ini merupakan makna sesuatu perkataan yang dikaitkan dengan situasi  penggunaaan bahasa.

    contoh: selamat pagi!!

    ayat ini boleh diterjemahkan kepada keluar apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat ke pejabat.

    • makna sosio-kultural
    merupakan sesuatu perkataan yang mempunyai kaitan yang erat dengan sosiobudaya pemakai bahasa.

    contoh;

    marhusip dalam bahasa toba ialah mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. tetapi apabila diterjemahkan kepada bahasa Indonesia ia membawa maksud berbisik.

    terjemahan itu tidak dapat memberikan makna sebenar yang terkandung dalam marhusip itu. jadi tidak perlu diterjemahkan namun ia perlu buat catatan kaki untuk menerangkan maknanya.

    sekian terima kasih.

    disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)
    JENIS-JENIS MAKNA

    Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai jenis-jenis makna dalam sesuatu ayat. Ini kerana untuk kita faham sesuatu ayat kita kena tahu jenis makna ayat tersebut. Terdapat 8 jenis makna antaranya ialah:

    1) Makna rujukan 
    2) Makna leksikal 
    3) Makna gramatikal 
    4) Makna konteks
    5) Makna sosio-kultural
    6) Makna konotasi 
    7) Makna emosi
    8) Makna figuratif

    Makna rujukan 

    Setiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Makna setiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat. 
    Image result for rumah

    Contoh:

    Rumah: perkataan ini membawa banyak maksud antaranya rumah banglo, rumah panjang, rumah kampung dan sebagainya.

    namun makna akan menjadi lebih jelas apabila mempunyai konteks

    contoh:

    perkataan minute:

    1. it took them thirty minute to get the thing done.
    2. the secretary read out the minutes of the last meeting.
    3. i will see you in a minute.

    apabila diterjemahkan setiap ayat membawa maksud yang berlainan.

    1. mereka mengambil masa 30 minit untuk menyempurnakan kerja itu. 
    2. setiausaha membaca minit mesyuarat yang lepas
    3. saya akan jumpa kamu sebentar lagi.

    makna sebenar perkataan boleh ditandakan dengan dua cara iaitu tanda sintaksis dan semotaksis.

    tanda sintaksi:

    1. itu binatang.
    2. dia binatang.

    pada ayat pertama perkataan binatang menunjukkan binatang yang sebenar manakala ayat kedua ia menunjukkan kepada manusia kerana menggunakan imbuhan dia di hadapan.


    tanda semotaksis:

    perkaitan antara makna perkataan itu dengan makna perkataan lain yang mengiringi kehadirannya.

    1. dia mengambil sikat rambutnya.
    2. dia mengambil dua sikat pisang.
    3. rambutnya belum disikat.

    makna perkataan sikat:
    ayat pertama membawa maksud kepada barang manakala ayat ke-2 membawa maksud penjodoh bilangan dan yang ketiga membawa maksud bahagian anggota badan.

    ditulis oleh: Nurul Izzah binti Mohamad (A168063)

    Saturday, May 18, 2019

    Kelayakan penterjemah

    Assalamualikum semua.. Baiklah hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai kelayakan penterjemah. Tak mustahil kalau semua orang boleh jadi penterjemah. Hal ini kerana terjemah bukan lah fokus kepada satu bahasa sahaja. Bukan semua orang mahir terjemah semua bahasa kerana setiap orang memiliki kekurangan. Mari kita lihat syarat utama menjadi penterjemah:

    *Mengetahui bahasa sumber
      Membezakan makna dan memberi maksud dengan tepat.

      *Mengetahui bahasa sasaran
        Sama baik dengan bhasa sumber.

      *Mengetahui topik yang akan diterjemahkan
        Menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan

      *Mengetahui teori terjemahan
         Bukan sahaja pindahkan perkataan tetapi menindahkan idea, maklumat dan gaya dan memerlukan        bantuan ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.

        *Mengetahui sasaran pembaca
         Mestlah sesuai dengan pembaca sasaran dan laras bahsa perlu dijaga.

    Selain itu, seseorang juga perlu mempunyai minat untuk menterjemah dan tidak malu bertanya jika tidak tahu. Syarat ini tidak dapat dicapai dengan mudah sekiranya seseorang tidak berusaha.

    Oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
             (A168083)

    Thursday, May 16, 2019

    MASALAH MAKNA DALAM PERKATAAN 

    Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan pembaca blog kami sekalian. posting pada kali ini akan 
    menceritakan serba sedikit mengenai tajuk "Masalah Makna Dalam Perkataan". Seperti mana yang kita tahu, setiap perkataan mempunyai makna-makna tertentu namun apabila tidak semestinya satu 
    perkataan itu membawa hanya satu makna sahaja. Hal ini kerana, satu perkataan membawa pelbagai maksud dan perkataan yang berbeza. Selain itu, sesuatu makna perkataan dipengaruhi oleh 3 perkara iaitu:

    1. Posisinya dalam ayat
    2. Bidang ilmu
    3. Situasi pemakaian dan budaya penutur

    Contoh yang boleh diberikan ialah perkataan "Chair". Makna chair boleh berubah mengikut posisi dan konteks pemakaiannya. Tamsilnya, 

    1. He sat on the chair.
    2. He has the chair of philosophy at the university.
    3. He will chair  the meeting.

    Walaupun perkataan ketiga-tiga ayat tersebut sama, namun ketiga-tiga ayat tersebut membawa maksud dan konteks yang berbeza apabila diterjemahkan.

    1. Dia duduk di atas kerusi.
    2. Dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu.
    3. Dia dihukum mati di kerusi elektrik.

    Jika kita perhatikan, perkataan kerusi yang digunakan ayat pertama membawa kepada barangan manakala ayat ke-2 membawa maksud kedudukan dan ayat ke-3 membawa maksud alat yang digunakan untuk menjatuhkan hukuman.

    Sampai di sini dahulu penerangan saya, semoga kita bersua kembali.

    Sekian, terima kasih.

    Ditulis oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)


    Saturday, May 11, 2019

    PERSATUAN PENTERJEMAH DI MALAYSIA

    Assalamualaikum w.b.t kepada teman-teman saya. Hari ini saya akan memberi input kepada anda semua mengenai persatuan penterjemah di Malaysia. Persatuan penterjemah di Malaysia atau dikenali sebagai PPM merupakan sebuah badan profesional sukarela yang ditubuhkan dan berada di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka. PPM ialah ahli pemerhati pertubuhan Persukutuan Penterjemah Dunia sejak tahun 2008. PPM diddaftarkan pada 4 Oktober 1979 dan telah mengaktifkan kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan secara kolektif di kalangan peneterjemah/ jurubahasa dan editor profesional di Malaysia. Dicatatkan sehingga kini, PPM mempunyai seramai lebih 1200 orang penterjemah dan editor profesional dari pelbagai bidang. Persatuan profesional ini dikrtuai oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
           Tujuan persatuan ini ditubuhkan unutk memperkukuh kerjasama antara para penterjemah demi memperbaik dan meningkatkan mutu terjemahan mereka serta memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang merangkumi pelbagai bidang ilmu.

    Diharapkan perkongsian ini dapat menambah ilmu yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

    Ditulis oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

    Thursday, May 9, 2019

    Istilah pendidikan dalam Bahasa Arab

    Assalamualaikum dan hai semua pencinta Bahasa Arab! Harini saya akan berkongsi ilmu dengan istilah pendidikan dalam terjemahan Arab.



    وَزيرُ التَّربية - Menteri pendidikan


    المَنهجُ المُتكامِل للمَدَارس الابتدائية - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)


    المَنهجُ المِعياري للمدارسِ الابتدائية  - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


    عملِيَّة التعليمِ والتَّعلُّم - Pengajaran dan pembelajaran (P&P)


    التَّربية الرَّسْميَّة - Pendidikan formal


    التَّربية غيرُ الرَّسميَّة - Pendidikan tidak formal


    تَنظِيمُ مُحْتَوَى الدَّليلِ المَنْهَجِيّ - Falsafah Pendidikan Negara


    التَّقْييمُ الشَّفوِيّ المِعْياريّ المدرسيّ - Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)


    تَقييمُ المنهجِ للمدارسِ الابتدائية - Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR)


    عَناصِر القِيَمِ الإضافية - Element Nilai Tambah (ENT)


    العَناصِر عَبْرَ المنهجِ الدِّراسيّ - Elemen Merentas Kurikulum (Emk)

    Semoga ia membantu ya! Sekian, terima kasih.

    Penulis : SAIYIDA AISYA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI (A170684)