Sunday, May 19, 2019

JENIS-JENIS MAKNA

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai jenis-jenis makna dalam sesuatu ayat. Ini kerana untuk kita faham sesuatu ayat kita kena tahu jenis makna ayat tersebut. Terdapat 8 jenis makna antaranya ialah:

1) Makna rujukan 
2) Makna leksikal 
3) Makna gramatikal 
4) Makna konteks
5) Makna sosio-kultural
6) Makna konotasi 
7) Makna emosi
8) Makna figuratif

Makna rujukan 

Setiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Makna setiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat. 
Image result for rumah

Contoh:

Rumah: perkataan ini membawa banyak maksud antaranya rumah banglo, rumah panjang, rumah kampung dan sebagainya.

namun makna akan menjadi lebih jelas apabila mempunyai konteks

contoh:

perkataan minute:

1. it took them thirty minute to get the thing done.
2. the secretary read out the minutes of the last meeting.
3. i will see you in a minute.

apabila diterjemahkan setiap ayat membawa maksud yang berlainan.

1. mereka mengambil masa 30 minit untuk menyempurnakan kerja itu. 
2. setiausaha membaca minit mesyuarat yang lepas
3. saya akan jumpa kamu sebentar lagi.

makna sebenar perkataan boleh ditandakan dengan dua cara iaitu tanda sintaksis dan semotaksis.

tanda sintaksi:

1. itu binatang.
2. dia binatang.

pada ayat pertama perkataan binatang menunjukkan binatang yang sebenar manakala ayat kedua ia menunjukkan kepada manusia kerana menggunakan imbuhan dia di hadapan.


tanda semotaksis:

perkaitan antara makna perkataan itu dengan makna perkataan lain yang mengiringi kehadirannya.

1. dia mengambil sikat rambutnya.
2. dia mengambil dua sikat pisang.
3. rambutnya belum disikat.

makna perkataan sikat:
ayat pertama membawa maksud kepada barang manakala ayat ke-2 membawa maksud penjodoh bilangan dan yang ketiga membawa maksud bahagian anggota badan.

ditulis oleh: Nurul Izzah binti Mohamad (A168063)

No comments:

Post a Comment