Thursday, May 30, 2019

DEFINISI TERJEMAHAN

DARI ASPEK BAHASA 

Perkataan terjemahan berasal daripada bahasa arab daripada kata akar "al-Tarjamah". Dalam bahasa Inggeris pula, ianya disebut sebagai translation. Menurut kamus Dewan, perkataan terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemah atau cara (gaya, kaedah menterjemah). Menurut kamus bahasa Arab, perkataan "al-tarjamah" memberikan beberapa maksud iaitu:

1. menerangkan, menjelaskan atau mentafsirkan
2. menerangkan riwayat hidup seseorang (autobiografi)
3. memindahkan kata-kata (al-kalam) dari satu bahasa ke bahasa lain.

Kamus-kamus bahasa Inggeris pula mendifinisikan perkataan "translation" sebagaimana berikut:

1. a writen or spoken rendering of the meaning of a word, speech, book, etc, in another language.
2. the act of translating or something that has been translated especially from one language to another
3. a rendering from one language or representational system into another is an art that involves the re-creation of a work in another language for reader with different backgound.

DARI ASPEK ISTILAH

Pakar-pakar terjemahan telah memberikan pelbagai definisi terjemahan. jika diteliti, definisi ini kelihatan bercanggah antara satu sama lain dan menimbulkan kekeliruan di kalangan penterjamah.
percanggahan ini berlaku kerana mereka mengemukakan definisi berasaskan pengalaman masing-masing. di antara mereka, ada yang lebih cenderung dengan terjemahan literal dan ada pula yang lebih cenderung terjemahan secara bebas.

Menurut E.A. Nida:

terjemahan adalah untuk mendapatkan dalam bahasa penerima penyamaan yang paling hampir dan 
sejadi dari segi maksud dan gaya.

Menurut Peter Newmark:

Terjemahan merupakan suatu kesenian pengalihan mesej atau kenyataan bertuilis dalam satu bahasa ke bahasa lain.

disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

No comments:

Post a Comment