Thursday, May 9, 2019

Teknik Menterjemah Peribahasa

Assalamualaikum semua, hari ini saya akan terangkan sambungan blog sebelumnya, iaitu teknik menterjemah peribahasa. Boleh ke sebenarnya kita tukarkan peribahasa Melayu kepada terjemahan Arab? Boleh. Cuma pastikan ada tekniknya ya! Di sini saya akan menyenaraikan teknik-teknik menterjemah peribahasa seperti berikut :

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh:
 جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.

 قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ  diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh:
 ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.

 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati

 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.

حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.

دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.
Contoh:
Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط جوّية/هوائية

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
Contoh:

 هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.

 حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.
Ok, langkah seterusnya!

Untuk menghindarkan kesalahan terjemah kita mestilah sentiasa bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber dan selalu bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber Yang paling penting dalam menterjemah ialah gunakan kamus ya!
Sekian, terima kasih.
Penulis : SAIYIDA AISYA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI (A170684)

No comments:

Post a Comment