Wednesday, May 29, 2019

TERJEMAHAN TEKS SASTERA (PUISI)

Assalamulaikum..
Inshaallah post saya pada kali ini akan berkongsi berkaitan terjemahan teks sastera.
Teks sastera merupakan gaya penulisan yang kreatif melalui cara-cara yang tertentu bagi menghasilkan satu teks yang menarik. Terdapat pelbagai jenis teks sastera antaranya puisi( syair, pantun, gurindam) dan prosa(cerpen dan novel).

Pada post kali ini saya akan berkongsi mengenai puisi. Puisi dapat mengungkap suatu perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat. ia juga memandang kehidupan dengan pandangan yang tidak mungkin difahami dan diungkapkan dengan hanya sekadar mengikut mantiq atau berdasarkan bukti dan dalil semata-,mata. kata-kata yang digunakan dalam puisi perlu dpilih dengan betul dan teliti. sekiranya puisi yang ditulis berkaitan cinta, perkataan yang digunakan mestilah lembut, halus dan sesuai dengan tema yang ditulis.

Kaedah terjemah puisi:
*terjemahan berima
*terjemahan fonemik
*terjemahan literal

kaedah yang dinyatakan di atas ialah kaedah daripada para sarjana terjemahan.
selain itu, Sfa Khalusi juga menyatakan pandangannya mengenai kaedah terjemahan puisi iaitu terjemahan tafsiriyyah, taklkhisiyyah dan wazaniyyah.

Akhir sekali, sebelum menterjemah puisi, penterjemah perlulah memahami dahulu puisi dan menganalisis makna dan mesej yang hendak disampaikan kemudian memilih kaedah terjemahan yang sesuai dengan bakat dan kemampuannya.

Oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
         (A168083)

No comments:

Post a Comment