Saturday, May 11, 2019

PERSATUAN PENTERJEMAH DI MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t kepada teman-teman saya. Hari ini saya akan memberi input kepada anda semua mengenai persatuan penterjemah di Malaysia. Persatuan penterjemah di Malaysia atau dikenali sebagai PPM merupakan sebuah badan profesional sukarela yang ditubuhkan dan berada di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka. PPM ialah ahli pemerhati pertubuhan Persukutuan Penterjemah Dunia sejak tahun 2008. PPM diddaftarkan pada 4 Oktober 1979 dan telah mengaktifkan kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan secara kolektif di kalangan peneterjemah/ jurubahasa dan editor profesional di Malaysia. Dicatatkan sehingga kini, PPM mempunyai seramai lebih 1200 orang penterjemah dan editor profesional dari pelbagai bidang. Persatuan profesional ini dikrtuai oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
       Tujuan persatuan ini ditubuhkan unutk memperkukuh kerjasama antara para penterjemah demi memperbaik dan meningkatkan mutu terjemahan mereka serta memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang merangkumi pelbagai bidang ilmu.

Diharapkan perkongsian ini dapat menambah ilmu yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

Ditulis oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

No comments:

Post a Comment