Terjemahan Al-Quran merupakan satu perkara penting kepada umat Islam terutama yang tidak memahami bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dengan memahami makna al-quran umat Islam lebih berkembang dan dapat menyebarkan dakwah dengan efektif. oleh itu, saya akan berkongsi dengan para pembaca mengenai syarat untuk menjadi penterjemah Quran:
- Ilmu bahasa Arab
- ilmu nahu
- ilmu sorof
- ilmu isytiqaq (ilmu yang kaji mengenai perkembangan asal usul perkataan)
- ilmu badi', maani dan bayan
- ilmu hadis
- asbab nuzul
- ilmu qiraat
- ilmu nasakh mansukh
- ilmu usuluddin
maka, jelaslah bahawa penterjemah al-quran bukanlah daripada orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. ilmu sangat penting kerana jika terjemah dengan menggunakan akal sendiri tanpa ilmu menjadikan makna tersebut tidak betul dan boleh menyesatkan.
oleh: NOR AFIZA SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK
(A168083)
No comments:
Post a Comment