Thursday, May 16, 2019

MASALAH MAKNA DALAM PERKATAAN 

Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan pembaca blog kami sekalian. posting pada kali ini akan 
menceritakan serba sedikit mengenai tajuk "Masalah Makna Dalam Perkataan". Seperti mana yang kita tahu, setiap perkataan mempunyai makna-makna tertentu namun apabila tidak semestinya satu 
perkataan itu membawa hanya satu makna sahaja. Hal ini kerana, satu perkataan membawa pelbagai maksud dan perkataan yang berbeza. Selain itu, sesuatu makna perkataan dipengaruhi oleh 3 perkara iaitu:

1. Posisinya dalam ayat
2. Bidang ilmu
3. Situasi pemakaian dan budaya penutur

Contoh yang boleh diberikan ialah perkataan "Chair". Makna chair boleh berubah mengikut posisi dan konteks pemakaiannya. Tamsilnya, 

1. He sat on the chair.
2. He has the chair of philosophy at the university.
3. He will chair  the meeting.

Walaupun perkataan ketiga-tiga ayat tersebut sama, namun ketiga-tiga ayat tersebut membawa maksud dan konteks yang berbeza apabila diterjemahkan.

1. Dia duduk di atas kerusi.
2. Dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu.
3. Dia dihukum mati di kerusi elektrik.

Jika kita perhatikan, perkataan kerusi yang digunakan ayat pertama membawa kepada barangan manakala ayat ke-2 membawa maksud kedudukan dan ayat ke-3 membawa maksud alat yang digunakan untuk menjatuhkan hukuman.

Sampai di sini dahulu penerangan saya, semoga kita bersua kembali.

Sekian, terima kasih.

Ditulis oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)


No comments:

Post a Comment