Sunday, May 19, 2019


Assalamualaikum kawan-kawan yang saya kasihi.Harini saya akan menceritakan makna leksikal, gramatikal, konteks dan sosio-kultural. 

  • makna leksikal
ialah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan sebagainya. makna ini juga disebut sebagai makna kata seperti yang terdapat dalam kamus. contohnya perkataan bad membawa maksud jahat, buruk, jelek dan susah namun ia tidak dapat dipastikan mana satu makna yang betul selagi perkataan tersebut tidak dimasukkan dalam ayat.

  • makna gramatikal
makna ini juga disebut makna fungsi atau makna tatabahasa iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasanya. contohnya, perkataan can.

1. they can the fish. perkataan can dalam ayat ni berfungsi sebagai predikat dalam bentuk kata kerja iaitu mengetinkan.

2. He kicked the can hard. perkataan can dalam ayat ini pula berfungsi sebagai objek ayat. 

  • makna konteks
makna ini menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan. makna ini merupakan makna sesuatu perkataan yang dikaitkan dengan situasi  penggunaaan bahasa.

contoh: selamat pagi!!

ayat ini boleh diterjemahkan kepada keluar apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat ke pejabat.

  • makna sosio-kultural
merupakan sesuatu perkataan yang mempunyai kaitan yang erat dengan sosiobudaya pemakai bahasa.

contoh;

marhusip dalam bahasa toba ialah mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. tetapi apabila diterjemahkan kepada bahasa Indonesia ia membawa maksud berbisik.

terjemahan itu tidak dapat memberikan makna sebenar yang terkandung dalam marhusip itu. jadi tidak perlu diterjemahkan namun ia perlu buat catatan kaki untuk menerangkan maknanya.

sekian terima kasih.

disediakan oleh: Nurul Izzah Binti Mohamad (A168063)

No comments:

Post a Comment